Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Ali 'Imraan:110)
Al Fatih Centre telah didaftarkan secara rasmi pada 24 September 2012. Kita adalah umat terbaik dan untuk menjadi umat terbaik memerlukan pembinaan dan usaha yang serius serta sistematik secara berterusan.
Sehubungan dengan itu pihak Al Fatih Centre menyediakan satu platform kepada orang ramai yang ingin memberikan pendidikan bukan sahaja kepada anak-anak malah sebagai ibubapa juga boleh menambahkan dan meningkatkan ilmu Al-Quran dan Bahasa Arab serta Hadith. Al Fatih Centre mempunyai pakej pembelajaran syariah yang sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak berusia 5 tahun hinggalah ke peringkat dewasa.
Al Fatih Centre menumpukan pembelajaran Bahasa Arab, Al-Quran dan Hadith. Selain itu matapelajaran Fiqh, Tafsir, Sirah dan Tajwid juga disediakan untuk dipelajari bagi meningkatkan pemahaman dan pemantapan bagi sesiapa yang ingin menambahkan ilmu sebagai seorang muslim.
Al Fatih Centre beroperasi di no. 2, Jalan Kasawari, Kompleks Perniagaan Aman Larkin, 80350 Larkin, Johor Bahru Johor. Untuk keterangan lanjut hubungi kami di talian : 019-7284436 atau layari http://alfatihcentre.blogspot.com atau emailkan kepada alfatihcentre@gmail.com.

Comments
Post a Comment