Skip to main content

KEM KEPIMPINAN TAQARRUB ILALLAH 2013

Al-Fatih TQH Centre akan mengadakan Kem Kepimpinan Cuti Sekolah 2013 yang akan bermula pada 23 Mac hingga 25 Mac 2013. Pihak AFC dengan kerjasama Tahfiz Ain Shams telah menyediakan 4 modul yang berbeza sepanjang tahun 2013. Objektif AFC mengadakan kem adalah untuk membentuk jati diri yang sebenar supaya para peserta sedar sebagai seorang muslim dan generasi muda yang berpotensi luar biasa mempunyai misi dan visi yang mesti dijalankan dalam hidup ini. Peserta didedahkan  dengan input-input supaya mereka lebih memahami tujuan hidup, tanggungjawab dan amanah yang mesti dilaksanakan sebagai hamba Allah. 

MODUL 1 (23-25 Mac 2013); 3 Hari 2 Malam
  •  Pengisian Ceramah & Kuliah Subuh/Tazkirah 
  • Aktiviti Diskusi & LDK
  • Games & Kuiz
  • Persembahan Kumpulan
  • Treasure Hunt/Outdoor Activities
  • Public Speaking
  • Tayangan Multimedia
  • Analisa Isu Semasa
  • Solat Berjamaah
  • Tahsin Al-Quran
  • Qiamulail

Pakej 3 Hari 2 Malam bernilai RM185.00 termasuk Penginapan & Makan 6 kali sehari, aktiviti, fail dan bahan,hadiah serta sijil penyertaan. Terbuka untuk pelajar berusia 7 hingga 26 tahun. Pendaftaran dibuka dari sekarang dan tempat adalah terhad. Hubungi 019-7284436. Bagi pendaftaran yang disertakan bayaran sebelum 18 Mac 2013 bayaran yang dikenakan hanya RM175.00 seorang.



Comments

Popular posts from this blog

AL FATIH CENTRE PUSAT TUISYEN SYARIAH DI JOHOR BAHRU SESUAI UNTUK KANAK-KANAK DAN DEWASA.

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Ali 'Imraan:110) Al Fatih Centre telah didaftarkan secara rasmi pada 24 September 2012. Kita adalah umat terbaik dan untuk menjadi umat terbaik memerlukan pembinaan dan usaha yang serius serta sistematik secara berterusan.  Sehubungan dengan itu pihak Al Fatih Centre menyediakan satu platform kepada orang ramai yang ingin memberikan pendidikan bukan sahaja kepada anak-anak malah  sebagai ibubapa juga boleh menambahkan dan meningkatkan ilmu Al-Quran dan Bahasa Arab serta Hadith. Al Fatih Centre mempunyai pakej pembelajaran syariah yang sesuai untuk semua peringkat umur  dari kanak-kanak berusia 5 tahun hinggalah ke peringkat dewasa. Al Fatih Centre men...

KELAS INTENSIF BAHASA ARAB

Alfatih Centre menawarkan kursus bahasa Arab secara intensif bermula pada 22 Disember 2014 hingga 26 Disember 2014.  Pesanan Rasullullah s.a.w. kepada umatnya hendaklah berpegang pada Al-Quran dan  Hadith/Sunnah yang ditinggalkan oleh baginda s.a.w. supaya tidak tersesat. Asas untuk memahami Al-Quran dan Hadith adalah dengan menguasai Bahasa Arab.  Untuk itu Alfatih Centre menawarkan pembelajaran Bahasa Arab yang sesuai untuk golongan para pelajar supaya mereka boleh menguasai asas nahu dan sorof dengan lebih baik. Program intensif ini adalah untuk menyediakan para pelajar supaya mempunyai asas yang kukuh serta melatih kemahiran bertutur, mendengar, menulis dan berkomunikasi. Kelas akan bermula pada 22 Disember 2014 hingga 26 Disember 2014.  Kelas intensif selama 5 hari bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Yuran sebanyak RM 198.00 merangkumi minum pagi dan makan tengahari, bahan tutorial dan sijil penyertaan. Pelajar akan didedahkan dengan ...

PROGRAM CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN 2016

Alfatih Centre akan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang cuti sekolah akhir tahun 2016. Sudah pasti anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti yang bermanfaat sebagai persediaan untuk mereka menjadi generasi yang mantap dan cemerlang dunia akhirat. Antara aktiviti yang dirancang adalah : 1) Tahsin Al-Quran 30 Juzuk (Khatam Alquran)  Tarikh :  28 November hingga 12 Disember 2016. Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Aktiviti tahsin am 30 juzuk Al-Quran bersama guru bersanad. 2) Program Super Muslim Tarikh :  04 Disember hingga 10 Disember 2016. Masa : 2.00 petang  hingga 5.30 petang. Aktiviti merangkumi mempelajari sirah Rasullullah saw, hadis, lawatan, menunggang kuda, memanah dan tadabur Al-Quran. 3) Bengkel Bilal Muda  Tarikh : 29.11.2016 Memberikan pendedahan kepada pelajar teknik azan dari guru yang berpengalaman. 4) Intensif Asas Al-quran Pelajar Tarikh : 04 Disember hingga 23 Disember 2016 Masa : 8.30pagi hingga 1...