ALFATIH TQH CENTRE akan mengadakan Kem Kepimpinan Taqarrub Illahlah Modul ke2 yang akan bermula pada 31 Mei 2013 hingga 2 Jun 2013. Kem cuti sekolah ini terbuka kepada semua pelajar sekolah yang berusia antara 7 tahun ke atas. Objektif kem ini bukan saja untuk mendedahkan para peserta kepada asas-asas kepimpinan, malah para peserta akan mendapat input-input serta menjalani aktiviti yang dapat mengasah daya pemikiran kritis dan kreatif sepanjang kem. Karekter sebagai problem solver merupakan asas kepimpinan yang perlu ada terutama dalam membentuk generasi muda yang luar biasa dalam membangun peradaban yang Cemerlang. Pakej 3 hari 2 Malam sempena cuti sekolah ini bernilai RM198.00 termasuk penginapan,makan minum,fail dan aktiviti, Cenderahati dan sijil penyertaan. Pendaftaran berkumpulan sebelum 25 Mei 2013, para peserta hanya perlu membayar RM190.00 seorang. Setiap pembayaran perlu dimasukkan ke dalam akaun CIMB atas nama ALFATIH TQH CENTRE no.akaun 0133 0000 9401 05, dan bawa salinan pembayaran tersebut semasa menghantar anak. Hubungi 016-727 4631 atau 016-706 9436 untuk maklumat lanjut.
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Ali 'Imraan:110) Al Fatih Centre telah didaftarkan secara rasmi pada 24 September 2012. Kita adalah umat terbaik dan untuk menjadi umat terbaik memerlukan pembinaan dan usaha yang serius serta sistematik secara berterusan. Sehubungan dengan itu pihak Al Fatih Centre menyediakan satu platform kepada orang ramai yang ingin memberikan pendidikan bukan sahaja kepada anak-anak malah sebagai ibubapa juga boleh menambahkan dan meningkatkan ilmu Al-Quran dan Bahasa Arab serta Hadith. Al Fatih Centre mempunyai pakej pembelajaran syariah yang sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak berusia 5 tahun hinggalah ke peringkat dewasa. Al Fatih Centre men...
Comments
Post a Comment