Pada kali ini Kelas Public Speaking membawa tajuk "Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih." Tajuk pada minggu ini masih berkaitan dengan tajuk pada minggu lepas. Setelah mengetahui apa keutamaan yang mesti dilakukan dalam menjalani kehidupan seharian secara tidak langsung ia akan menjadi kebiasaan atau habits. HABITs merupakan kebiasaan yang dilakukan seseorang dalam kehidupan seharian tanpa mereka sedari. Kebiasaan yang baik akan menjadikan seseorang yang tahu tujuan hidupnya dapat membentuk individu tersebut menjadi seorang yang hebat di masa akan datang.
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Ali 'Imraan:110) Al Fatih Centre telah didaftarkan secara rasmi pada 24 September 2012. Kita adalah umat terbaik dan untuk menjadi umat terbaik memerlukan pembinaan dan usaha yang serius serta sistematik secara berterusan. Sehubungan dengan itu pihak Al Fatih Centre menyediakan satu platform kepada orang ramai yang ingin memberikan pendidikan bukan sahaja kepada anak-anak malah sebagai ibubapa juga boleh menambahkan dan meningkatkan ilmu Al-Quran dan Bahasa Arab serta Hadith. Al Fatih Centre mempunyai pakej pembelajaran syariah yang sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak berusia 5 tahun hinggalah ke peringkat dewasa. Al Fatih Centre men...

Comments
Post a Comment