Skip to main content

KEM KEPIMPINAN INOVASI & KREATIVITI GENERASI CEMERLANG

Sempena cuti sekolah yang akan bermula pada hujung Mei 2014 ini Alfatih TQH Centre akan mengadakan Mini Kem Kepimpinan Inovasi &  Kreativiti Generasi Cemerlang. Sebelum ini kem yang diadakan memerlukan para peserta bermalam. Walaupun program yang diadakan tidak bermalam pengisian dan aktiviti yang diadakan amat bernilai dan penuh dengan pengisian yang bermanfaat.

Para peserta akan berpeluang untuk mempelajari teknik-teknik asas pemikiran kreatif. Amat penting generasi muda yang bakal menjadi bakal pelapis kepimpinan akan datang untuk berfikir kritis dan dinamik dalam menghadapi sesuatu situasi. Sehubungan dengan ini anak-anak perlulah diberi pendedahan awal dan asas bagaimana berfikir kreatif dalam menghadapi realiti hari ini.

Slot The problem solver not a problem maker juga merupakan kesinambungan dari asas pemikiran kreatif. Melatih anak-anak bertanggungjawab dan peka dengan keadaan serta situasi yang melanda dunia  pada hari ini sangat penting. Sebaik-baik manusia adalah mereka yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.Begitulah generasi terbaik yang pernah ditunjukkan oleh umat terbaik semasa fasa 622 M-1924 M. Kehebatan dan keagungan umat terbaik ini diakui sendiri oleh Paul Kennedy yang bukan beragama Islam dalam ucapannya pada tahun 2000.

Aktiviti Ekspresi Kami Generasi Cemerlang akan memberi peluang anak-anak berkreativiti  yang diterjemahkan dalam lukisan mural. Manakala aktiviti treasure hunt akan melihat sejauh mana anak-anak ini menterjemahkan apa yang telah dipelajari secara teori dalam menyelesaikan masalah sepanjang aktiviti outdoor. Selain aktiviti LDK slot pembentangan kumpulan dan kuiz juga diadakan bagi membentuk keyakinan diri disamping menilai daya kreativiti anak-anak apabila berhadapan dengan situasi-situasi tertentu yang memerlukan mereka membuat keputusan dalam menangani masalah yang berlaku. Daftarkan anak-anak anda untuk KEM KEPIMPINAN INOVASI & KREATIVITI GENERASI CEMERLANG. Yuran yang dikenakan RM98.00 seorang termasuk makanan, pengangkutan untuk program outdoor, bahan dan aktiviti dan sijil penyertaan.



Comments

Popular posts from this blog

AL FATIH CENTRE PUSAT TUISYEN SYARIAH DI JOHOR BAHRU SESUAI UNTUK KANAK-KANAK DAN DEWASA.

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Ali 'Imraan:110) Al Fatih Centre telah didaftarkan secara rasmi pada 24 September 2012. Kita adalah umat terbaik dan untuk menjadi umat terbaik memerlukan pembinaan dan usaha yang serius serta sistematik secara berterusan.  Sehubungan dengan itu pihak Al Fatih Centre menyediakan satu platform kepada orang ramai yang ingin memberikan pendidikan bukan sahaja kepada anak-anak malah  sebagai ibubapa juga boleh menambahkan dan meningkatkan ilmu Al-Quran dan Bahasa Arab serta Hadith. Al Fatih Centre mempunyai pakej pembelajaran syariah yang sesuai untuk semua peringkat umur  dari kanak-kanak berusia 5 tahun hinggalah ke peringkat dewasa. Al Fatih Centre men...

KELAS INTENSIF BAHASA ARAB

Alfatih Centre menawarkan kursus bahasa Arab secara intensif bermula pada 22 Disember 2014 hingga 26 Disember 2014.  Pesanan Rasullullah s.a.w. kepada umatnya hendaklah berpegang pada Al-Quran dan  Hadith/Sunnah yang ditinggalkan oleh baginda s.a.w. supaya tidak tersesat. Asas untuk memahami Al-Quran dan Hadith adalah dengan menguasai Bahasa Arab.  Untuk itu Alfatih Centre menawarkan pembelajaran Bahasa Arab yang sesuai untuk golongan para pelajar supaya mereka boleh menguasai asas nahu dan sorof dengan lebih baik. Program intensif ini adalah untuk menyediakan para pelajar supaya mempunyai asas yang kukuh serta melatih kemahiran bertutur, mendengar, menulis dan berkomunikasi. Kelas akan bermula pada 22 Disember 2014 hingga 26 Disember 2014.  Kelas intensif selama 5 hari bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Yuran sebanyak RM 198.00 merangkumi minum pagi dan makan tengahari, bahan tutorial dan sijil penyertaan. Pelajar akan didedahkan dengan ...

PROGRAM CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN 2016

Alfatih Centre akan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang cuti sekolah akhir tahun 2016. Sudah pasti anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti yang bermanfaat sebagai persediaan untuk mereka menjadi generasi yang mantap dan cemerlang dunia akhirat. Antara aktiviti yang dirancang adalah : 1) Tahsin Al-Quran 30 Juzuk (Khatam Alquran)  Tarikh :  28 November hingga 12 Disember 2016. Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Aktiviti tahsin am 30 juzuk Al-Quran bersama guru bersanad. 2) Program Super Muslim Tarikh :  04 Disember hingga 10 Disember 2016. Masa : 2.00 petang  hingga 5.30 petang. Aktiviti merangkumi mempelajari sirah Rasullullah saw, hadis, lawatan, menunggang kuda, memanah dan tadabur Al-Quran. 3) Bengkel Bilal Muda  Tarikh : 29.11.2016 Memberikan pendedahan kepada pelajar teknik azan dari guru yang berpengalaman. 4) Intensif Asas Al-quran Pelajar Tarikh : 04 Disember hingga 23 Disember 2016 Masa : 8.30pagi hingga 1...