Alfatih Centre akan menganjurkan Program Cuti Sekolah Kem Inovasi &
Kreativiti Generasi Cemerlang, bermula 7 Jun2014 hingga 8 Jun 2014. Merealisasikan generasi Alfatih pada masa kini bukanlah sekadar impian jika
tanpa disertakan dengan tindakan. Menyedari perlunya ada program berfaedah untuk anak-anak sempena cuti sekolah ini, AFC TQH CENTRE
telah merangka satu program dalam usaha mendedahkan para pelajar betapa
pentingnya seorang muslim yang cemerlang, mempunyai tujuan hidup yang jelas dan
terarah. Allah menciptakan manusia untuk beribadah kepadaNya, menjadi Khalifah
di muka bumi dan menjadi sebaik-baik umat dengan melaksanakan Amar Ma’ruf Nahi
Mungkar. AFC TQH Centre telah merangka dalam usaha melaksanakan misi seperti di
atas, dalam program yang dikenali sebagai KEM KEPIMPINAN INOVASI & KREATIVITI GENERASI
CEMERLANG. Kumpulan sasaran adalah pelajar yang berusia antara 7 hingga 18 tahun.
Antara objektif kem ini ialah :
- Membimbing dan mendekatkan pelajar bahawa pentingnya tujuan hidup yang jelas sebagai seorang muslim cemerlang(Umat Terbaik) serta mempunyai misi dan visi yang benar-benar jelas serta realistik dalam usaha menjadi muslim yang cemerlang.
- Mendedahkan dan memperjelaskan kepada pelajar pentingnya jati diri sebagai seorang muslim diamalkan secara kaafah dalam segala aspek kehidupan.
- Mendedahkan kepada para pelajar dengan asas kepimpinan Islam.
- Meningkatkan keyakinan diri dengan aktiviti LDK, teknik berfikir kritis, peka terhadap realiti, perbincangan dan pertandingan yang diadakan semasa program.
- Membentuk dan membina generasi muda yang berketrampilan (umat terbaik) dan mampu melebur dalam masyarakat untuk melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar.
Kem yang dianjurkan pada kali ini akan diadakan di ALFATIH CENTRE dan tidak bermalam. Untuk program outdoor di adakan di Zoo Johor dan Taman Merdeka. Bayaran RM98.00 untuk seorang peserta untuk makanan, pengangkutan ke Zoo, Taman Merdeka , fail serta aktiviti sepanjang kem. Hubungi 019-7284436 untuk maklumat lanjut dan tempahan.
Comments
Post a Comment