AlFatih Centre dan Komuniti Muslim Dyson telah bekerjasama dengan Masjid Senai Johor Bahru akan mengadakan Seminar Keluarga Sakinah yang akan mendedahkan kepada para peserta bagaimana menangani masalah dalam mendidik anak-anak pada zaman yang serba mencabar ini. Peranan ibubapa sebagai pendidik utama dan amat penting sekali dalam membentuk dan mengarahkan potensi anak-anak yang bakal menjadi seorang insan yang bakal menjadi pemimpin di masa akan datang. Program ini akan diadakan pada 24 Mei 2014 bermula jam 8.30 pagi hingga 1 tengahari. Bagi kanak-kanak berusia 7 hingga12 tahun mereka berpeluang mengikuti Bengkel Cendekiawan Islam yang mendedahkan serta mencungkil kebolehan anak-anak dalam kreativiti mereka. Hubungi 019-7284436 untuk keterangan lanjut.
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Ali 'Imraan:110) Al Fatih Centre telah didaftarkan secara rasmi pada 24 September 2012. Kita adalah umat terbaik dan untuk menjadi umat terbaik memerlukan pembinaan dan usaha yang serius serta sistematik secara berterusan. Sehubungan dengan itu pihak Al Fatih Centre menyediakan satu platform kepada orang ramai yang ingin memberikan pendidikan bukan sahaja kepada anak-anak malah sebagai ibubapa juga boleh menambahkan dan meningkatkan ilmu Al-Quran dan Bahasa Arab serta Hadith. Al Fatih Centre mempunyai pakej pembelajaran syariah yang sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak berusia 5 tahun hinggalah ke peringkat dewasa. Al Fatih Centre men...

Comments
Post a Comment