Alfatih Centre akan mengadakan Majlis Taklimat dan Bengkel Eksklusif Asas Al-Quran Teknik Al-Baghdadi pada hari sabtu 27 Disember 2014. Majlis ini terbuka untuk semua golongan dari peringkat kanak-kanak, pelajar dan dewasa lelaki dan perempuan. Taklimat dan bengkel ini diadakan secara percuma dan akan memberi pendedahan kepada umum tentang teknik asas membaca Al-Quran yang sangat berkesan, menyeronokkan, kreatif dan inovatif.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menunjukkan secara realistik bahawa teknik al-Baghdadi yang digunakan terbukti berkesan dan menimbulkan minat kepada para pelajar tidak mengira usia untuk mempelajari Al-Quran. Bagi pengunjung yang datang pada 27 Disember 2014 dan berminat untuk membuat pendaftaran kemasukan akan berpeluang menikmati diskaun 10% yuran bulanan pada bulan pertama. Para pengunjung yang telah datang ke Bengkel Eksklusif pada hari tersebut juga akan mendapat kupon rebat bernilai RM10.00 yang boleh digunakan untuk diskaun bagi mana-mana pakej cuti sekolah anjuran AFC sepanjang tahun 2015.
Hantar sms atau whatsapp untuk hadir dengan menyertakan nama, umur, lokasi untuk pengesahan kehadiran bagi menikmati diskaun 10% yuran bulan pertama dan dapatkan rebat RM10.00 dari petugas AFC selepas bengkel dan taklimat eksklusif. Kongsikan bersama-sama saudara mara dan sahabat anda maklumat ini untuk ke bengkel eksklusif yang diadakan pada 27 Disember 2014.
Hubungi 019- 728 4436 untuk pendaftaran sekarang.Ayuh jangan lepaskan peluang untuk membaca Al-Quran dengan lebih baik!!!

Comments
Post a Comment