Skip to main content

JOM NGAJI SESI 2016

Kini kita telah pun masuk ke tahun 1437 Hijriyah. Apakah maknanya perubahan tahun itu? Ini bermakna umur kita akan terus meningkat dan alam kubur akan menggamit kita. Mari kita sama-sama mengimbas kembali, apakah yang kita telah lakukan untuk meningkatkan prestasi diri kita baik dari segi dunia dan lebih-lebih lagi dari sudut akhirat? Berapa ruang waktukah yang kita peruntukkan untuk membaca Al-Quran sepanjang tahun ini? Sekiranya kita masih belum lagi berbuat demikian atas sebab kita masih belum dapat membaca Al-Quran dan kita segan untuk mengikuti kelas-kelas Al-Quran maka insyaAllah kami sedia membantu anda!

Alfatih Centre telah membuka pendaftaran pelajar baru bagi sesi 2016. Antara subjek-subjek yang ditawarkan adalah :

  • Asas Al-Quran
  • Talaqi Umum Juzuk Amma
  • Talaqi Al-Quran 30 Juzuk
  • Tajwid
  • Hafazan al-Quran
  • Fardhu Ain/Feqah
  • Bahasa Arab
  • Aqidah
  • Sirah & Hadis.
Kelas pengajian terbuka untuk kanak-kanak, dewasa dan warga emas. 

Hubungi 019-728 4436 untuk keterangan lanjut.




Comments

Popular posts from this blog

AL FATIH CENTRE PUSAT TUISYEN SYARIAH DI JOHOR BAHRU SESUAI UNTUK KANAK-KANAK DAN DEWASA.

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Ali 'Imraan:110) Al Fatih Centre telah didaftarkan secara rasmi pada 24 September 2012. Kita adalah umat terbaik dan untuk menjadi umat terbaik memerlukan pembinaan dan usaha yang serius serta sistematik secara berterusan.  Sehubungan dengan itu pihak Al Fatih Centre menyediakan satu platform kepada orang ramai yang ingin memberikan pendidikan bukan sahaja kepada anak-anak malah  sebagai ibubapa juga boleh menambahkan dan meningkatkan ilmu Al-Quran dan Bahasa Arab serta Hadith. Al Fatih Centre mempunyai pakej pembelajaran syariah yang sesuai untuk semua peringkat umur  dari kanak-kanak berusia 5 tahun hinggalah ke peringkat dewasa. Al Fatih Centre men...

KELAS INTENSIF BAHASA ARAB

Alfatih Centre menawarkan kursus bahasa Arab secara intensif bermula pada 22 Disember 2014 hingga 26 Disember 2014.  Pesanan Rasullullah s.a.w. kepada umatnya hendaklah berpegang pada Al-Quran dan  Hadith/Sunnah yang ditinggalkan oleh baginda s.a.w. supaya tidak tersesat. Asas untuk memahami Al-Quran dan Hadith adalah dengan menguasai Bahasa Arab.  Untuk itu Alfatih Centre menawarkan pembelajaran Bahasa Arab yang sesuai untuk golongan para pelajar supaya mereka boleh menguasai asas nahu dan sorof dengan lebih baik. Program intensif ini adalah untuk menyediakan para pelajar supaya mempunyai asas yang kukuh serta melatih kemahiran bertutur, mendengar, menulis dan berkomunikasi. Kelas akan bermula pada 22 Disember 2014 hingga 26 Disember 2014.  Kelas intensif selama 5 hari bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Yuran sebanyak RM 198.00 merangkumi minum pagi dan makan tengahari, bahan tutorial dan sijil penyertaan. Pelajar akan didedahkan dengan ...

PROGRAM CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN 2016

Alfatih Centre akan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang cuti sekolah akhir tahun 2016. Sudah pasti anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti yang bermanfaat sebagai persediaan untuk mereka menjadi generasi yang mantap dan cemerlang dunia akhirat. Antara aktiviti yang dirancang adalah : 1) Tahsin Al-Quran 30 Juzuk (Khatam Alquran)  Tarikh :  28 November hingga 12 Disember 2016. Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Aktiviti tahsin am 30 juzuk Al-Quran bersama guru bersanad. 2) Program Super Muslim Tarikh :  04 Disember hingga 10 Disember 2016. Masa : 2.00 petang  hingga 5.30 petang. Aktiviti merangkumi mempelajari sirah Rasullullah saw, hadis, lawatan, menunggang kuda, memanah dan tadabur Al-Quran. 3) Bengkel Bilal Muda  Tarikh : 29.11.2016 Memberikan pendedahan kepada pelajar teknik azan dari guru yang berpengalaman. 4) Intensif Asas Al-quran Pelajar Tarikh : 04 Disember hingga 23 Disember 2016 Masa : 8.30pagi hingga 1...