Alfatih Centre menawarkan kelas Bahasa Arab untuk golongan pelajar dan dewasa. Kelas Bahasa Arab Dewasa diadakan pada setiap hari ahad jam 2.15petang hingga 3.45 petang. Kelas Bahasa Arab Pelajar diadakan pada setiap hari jumaat jam 3.00 petang hingga 4.30 petang. Kelas one to one juga disediakan bagi pelajar yang memerlukan lebih tumpuan dan fokus. Untuk keterangan lanjut hubungi 019-728 4436.
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Ali 'Imraan:110) Al Fatih Centre telah didaftarkan secara rasmi pada 24 September 2012. Kita adalah umat terbaik dan untuk menjadi umat terbaik memerlukan pembinaan dan usaha yang serius serta sistematik secara berterusan. Sehubungan dengan itu pihak Al Fatih Centre menyediakan satu platform kepada orang ramai yang ingin memberikan pendidikan bukan sahaja kepada anak-anak malah sebagai ibubapa juga boleh menambahkan dan meningkatkan ilmu Al-Quran dan Bahasa Arab serta Hadith. Al Fatih Centre mempunyai pakej pembelajaran syariah yang sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak berusia 5 tahun hinggalah ke peringkat dewasa. Al Fatih Centre men...
Comments
Post a Comment