Sempena cuti sekolah pertengahan tahun, Alfatih Centre yang beroperasi di 2-01, Jalan Kasawari 1, Pusat Perdagangan Aman Larkin, Larkin Jaya akan mengadakan Program Intensif Hafazan bermula dari 29 Mei 2016 hingga 02 Jun 2016. Program Intensif Hafazan ini diadakan selama 5 hari bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Yuran penyertaan bernilai RM115.oo seorang merangkumi kos pembelajaran, minum pagi, rekod hafazan dan sijil penyertaan. Penyertaan terbuka untuk pelajar berusia 7 tahun hingga 18 tahun. Untuk maklumat lanjut hubungi talian 019-728 4436.
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Ali 'Imraan:110) Al Fatih Centre telah didaftarkan secara rasmi pada 24 September 2012. Kita adalah umat terbaik dan untuk menjadi umat terbaik memerlukan pembinaan dan usaha yang serius serta sistematik secara berterusan. Sehubungan dengan itu pihak Al Fatih Centre menyediakan satu platform kepada orang ramai yang ingin memberikan pendidikan bukan sahaja kepada anak-anak malah sebagai ibubapa juga boleh menambahkan dan meningkatkan ilmu Al-Quran dan Bahasa Arab serta Hadith. Al Fatih Centre mempunyai pakej pembelajaran syariah yang sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak berusia 5 tahun hinggalah ke peringkat dewasa. Al Fatih Centre men...
Comments
Post a Comment