Sempena bulan Ramadhan Alfatih Centre akan mengadakan kelas tahsin am Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan. Kelas tahsin Al-Quran ini akan diadakan bermula jam 2.30 petang hingga 3.30 petang setiap hari selasa, rabu dan khamis. Bayaran yang dikenakan hanya RM10.00 seorang untuk setiap kelas yang dihadiri. Bacaan Al-Quran akan dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Hairul dari Universiti Al-Azhar Mesir. untuk maklumat lanjut dan pendaftaran sila hubungi talian 019-728 4436.
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Ali 'Imraan:110) Al Fatih Centre telah didaftarkan secara rasmi pada 24 September 2012. Kita adalah umat terbaik dan untuk menjadi umat terbaik memerlukan pembinaan dan usaha yang serius serta sistematik secara berterusan. Sehubungan dengan itu pihak Al Fatih Centre menyediakan satu platform kepada orang ramai yang ingin memberikan pendidikan bukan sahaja kepada anak-anak malah sebagai ibubapa juga boleh menambahkan dan meningkatkan ilmu Al-Quran dan Bahasa Arab serta Hadith. Al Fatih Centre mempunyai pakej pembelajaran syariah yang sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak berusia 5 tahun hinggalah ke peringkat dewasa. Al Fatih Centre men...
Comments
Post a Comment