Al-Fatih Centre menawarkan Program Intensif Bahasa Arab sepanjang cuti sekolah bagi memantapkan lagi penguasaan Bahasa Arab di kalangan umat Islam. Kelas ini terbuka untuk pelajar sekolah rendah dan menengah. Menguasai Bahasa Arab amat penting kerana dengan mempelajari dan menguasai Bahasa Arab sahajalah, kita dapat memahami Al-Quran dan hadis. Mempelajari Bahasa Arab merupakan satu bonus kepada kita kerana secara langsung ia memudahkan proses menghafaz Al-Quran. Hubungi 019-7284436 untuk keterangan lanjut.
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Ali 'Imraan:110) Al Fatih Centre telah didaftarkan secara rasmi pada 24 September 2012. Kita adalah umat terbaik dan untuk menjadi umat terbaik memerlukan pembinaan dan usaha yang serius serta sistematik secara berterusan. Sehubungan dengan itu pihak Al Fatih Centre menyediakan satu platform kepada orang ramai yang ingin memberikan pendidikan bukan sahaja kepada anak-anak malah sebagai ibubapa juga boleh menambahkan dan meningkatkan ilmu Al-Quran dan Bahasa Arab serta Hadith. Al Fatih Centre mempunyai pakej pembelajaran syariah yang sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak berusia 5 tahun hinggalah ke peringkat dewasa. Al Fatih Centre men...

Comments
Post a Comment