Alfatih Centre akan mengadakan kelas talaqi am Khatam Al-Quran 30 Juzuk sempena cuti sekolah akhir tahun. Program ini akan bermula pada 28 November 2016 hingga 12 Disember 2016. Setiap peserta akan berpeluang untuk mengkhatamkan al-Quran dalam masa 15 hari bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Program ini terbuka untuk kanak-kanak yang berusia 7 tahun hingga 19 tahun yang telah mengenal huruf hijaiyah. Yuran penyertaan sebanyak RM225.00 seorang dikenakan untuk aktiviti selama 15 hari termasuk minum pagi dan sijil penyertaan. Sepanjang program berlangsung para peserta juga berpeluang untuk melaksanakan solat dhuha. Untuk keterangan lanjut sila hubungi atau wasap talian 019-728 4436. Daftar segera kerana tempat adalah terhad.
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Ali 'Imraan:110) Al Fatih Centre telah didaftarkan secara rasmi pada 24 September 2012. Kita adalah umat terbaik dan untuk menjadi umat terbaik memerlukan pembinaan dan usaha yang serius serta sistematik secara berterusan. Sehubungan dengan itu pihak Al Fatih Centre menyediakan satu platform kepada orang ramai yang ingin memberikan pendidikan bukan sahaja kepada anak-anak malah sebagai ibubapa juga boleh menambahkan dan meningkatkan ilmu Al-Quran dan Bahasa Arab serta Hadith. Al Fatih Centre mempunyai pakej pembelajaran syariah yang sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak berusia 5 tahun hinggalah ke peringkat dewasa. Al Fatih Centre men...

Comments
Post a Comment