Skip to main content

Program Cuti Sekolah Mac 2017

YEAA, CUTI SEKOLAHHH....!!!

Pastinya ini yang keluar dari mulut anak² kita kan? Cuti sekolah memang masa yang ditunggu² semua..masa ni lah anak² dapat rehat & ada juga di kalangan kita ambil peluang apply cuti & bawa anak² balik kampung atau jalan². Tapi bagi yang tak dapat cuti & perlu bekerja, pastinya timbul perasaan risau.. ye lah, pagi² lagi kita keluar rumah, anak² terpaksa ditinggalkan sendirian. Di tempat kerja mesti hati tak tenang mengenangkan anak² di rumah. Apa mereka buat? Boleh ke Abang & Kakak jaga Adik? Nanti ada pulak yang main luar rumah... jangan la diorang cuba² masak sendiri.. haisyhhh... mula la macam² perkara bermain di fikiran kita kan?

Susah juga bila cuti sekolah kan? Kita nak anak² kita rehat, tapi dalam masa yang sama kita risaukan aktiviti anak² sepanjang ketiadaan kita. Sebagai ibu bapa pastinya kita nak sekurang²nya anak² kita mengulangkaji pelajaran apabila kita keluar bekerja. Tapi siapa yang boleh memastikan mereka buat semua itu?

Kami juga ibu bapa seperti anda. Fikirkan perkara yang sama setiap kali cuti sekolah. Jadi untuk anda para ibu bapa, kami di Al Baghdadi Johor telah menyusun program² yang pastinya menarik & bermanfaat untuk pengisian rohani anak² anda sepanjang cuti sekolah 2017 bermula dengan Bengkel Cuti Sekolah 2017 ini.

Antara program yang telah disusun & menjadi pilihan ibu bapa masa kini adalah: 

1) Bengkel Bijak Quran (BBQ)
- pemantapan kemahiran asas membaca al quran.
- kelas talaqqi am bertajwid.
- aktiviti² pengukuhan
- hafazan doa² harian

2) Kem Tahfiz 
- pendedahan kepada program hafazan 
- hafazan surah² baru
- murajaah hafazan lama

3)Bengkel Bahasa Arab
 - pengukuhan asas Bahasa Arab
- pendedahan kemahiran membaca,menulis dan memahami.

Apa kata cuti kali ini berikan sesuatu yang berbeza untuk pengisian masa cuti sekolah anak² anda? Beri mereka peluang untuk mendekatkan diri dengan al Quran, suka belajar al Quran & biasakan diri dengan al Quran. Jadikan program ini sebagai titik tolak dalam usaha kita sebagai ibu bapa memberikan pengisian rohani & pendidikan agama yang baik untuk anak² kita.

Jom booking seat untuk semua anak² kita sebelum orang lain borong habis. Diskaun menarik untuk pendaftaran lebih dari seoarang. Wasap segera ke 019-728 4436.

Wasap segera ke 019-728 4436
Wasap segera ke 019-728 4436
Wasap segera ke 019-728 4436

Comments

Popular posts from this blog

AL FATIH CENTRE PUSAT TUISYEN SYARIAH DI JOHOR BAHRU SESUAI UNTUK KANAK-KANAK DAN DEWASA.

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Ali 'Imraan:110) Al Fatih Centre telah didaftarkan secara rasmi pada 24 September 2012. Kita adalah umat terbaik dan untuk menjadi umat terbaik memerlukan pembinaan dan usaha yang serius serta sistematik secara berterusan.  Sehubungan dengan itu pihak Al Fatih Centre menyediakan satu platform kepada orang ramai yang ingin memberikan pendidikan bukan sahaja kepada anak-anak malah  sebagai ibubapa juga boleh menambahkan dan meningkatkan ilmu Al-Quran dan Bahasa Arab serta Hadith. Al Fatih Centre mempunyai pakej pembelajaran syariah yang sesuai untuk semua peringkat umur  dari kanak-kanak berusia 5 tahun hinggalah ke peringkat dewasa. Al Fatih Centre men...

KELAS INTENSIF BAHASA ARAB

Alfatih Centre menawarkan kursus bahasa Arab secara intensif bermula pada 22 Disember 2014 hingga 26 Disember 2014.  Pesanan Rasullullah s.a.w. kepada umatnya hendaklah berpegang pada Al-Quran dan  Hadith/Sunnah yang ditinggalkan oleh baginda s.a.w. supaya tidak tersesat. Asas untuk memahami Al-Quran dan Hadith adalah dengan menguasai Bahasa Arab.  Untuk itu Alfatih Centre menawarkan pembelajaran Bahasa Arab yang sesuai untuk golongan para pelajar supaya mereka boleh menguasai asas nahu dan sorof dengan lebih baik. Program intensif ini adalah untuk menyediakan para pelajar supaya mempunyai asas yang kukuh serta melatih kemahiran bertutur, mendengar, menulis dan berkomunikasi. Kelas akan bermula pada 22 Disember 2014 hingga 26 Disember 2014.  Kelas intensif selama 5 hari bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Yuran sebanyak RM 198.00 merangkumi minum pagi dan makan tengahari, bahan tutorial dan sijil penyertaan. Pelajar akan didedahkan dengan ...

PROGRAM CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN 2016

Alfatih Centre akan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang cuti sekolah akhir tahun 2016. Sudah pasti anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti yang bermanfaat sebagai persediaan untuk mereka menjadi generasi yang mantap dan cemerlang dunia akhirat. Antara aktiviti yang dirancang adalah : 1) Tahsin Al-Quran 30 Juzuk (Khatam Alquran)  Tarikh :  28 November hingga 12 Disember 2016. Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Aktiviti tahsin am 30 juzuk Al-Quran bersama guru bersanad. 2) Program Super Muslim Tarikh :  04 Disember hingga 10 Disember 2016. Masa : 2.00 petang  hingga 5.30 petang. Aktiviti merangkumi mempelajari sirah Rasullullah saw, hadis, lawatan, menunggang kuda, memanah dan tadabur Al-Quran. 3) Bengkel Bilal Muda  Tarikh : 29.11.2016 Memberikan pendedahan kepada pelajar teknik azan dari guru yang berpengalaman. 4) Intensif Asas Al-quran Pelajar Tarikh : 04 Disember hingga 23 Disember 2016 Masa : 8.30pagi hingga 1...