Skip to main content

Program Cuti Sekolah Ogos 2017

Cuti sekolah bakal menjelang tidak lama lagi. Ketika usia muda inilah anak-anak perlu diberikan pendedahan dan didididk untuk memanfaatkan waktu dengan sebaik-baiknya. Sudahkan anda menyediakan dan merancang program cuti sekolah yang sesuai untuk anak-anak anda? Alfatih Centre ada menyediakan pelbagai program cuti sekolah yang sesuai untuk ibubapa dan pelajar memilih mengikut kesesuaian anda. 

Apa yang penting program yang ditawarkan akan dapat membantu anak-anak anda menambahkan dan membantu mereka menguasai ilmu mengikut pilihan program yang dipilih disamping mengisi masa lapang dengan perkara yang bermanfaat. 

Antara program yang ditawarkan sepanjang cuti sekolah :

1) Intensif Hafazan Al-Quran.
- terbuka untuk pelajar yang dalam proses menghafaz al-Quran.
- aktiviti : talaqi hafazan, tasmik hafazan lama/baru dan murajaah hafazan.
- Tarikh : 28 Ogos 2017 hingga 30 Ogos 2017.
- Masa : 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

2) Intensif Asas Al-Quran (Tamhid).
- terbuka untuk pelajar  mempelajari asas al-Quran(kaedah Al-Baghdadi).
- aktiviti : merangkumi 6 kemahiran asas sebelum membaca al-Quran. mengenali huruf-huruf hijaiyah, tanda bacaan atas/bawah/depan, bacaan mad dan aktiviti LDK/games.
- Tarikh : 28 Ogos 2017 hingga 30 Ogos 2017.
Masa : 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari. @ 2.00 petang hingga 5.30 petang.

3) Intensif Bahasa Arab.
- mempunyai sesi pilihan samada peringkat beginner/medium/advanced.
- Tarikh : 28 Ogos 2017 hingga 30 Ogos 2017.
- Masa : 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

4) Talaqi Am Al-Quran dan Klinik Tajwid.
- terbuka untuk pelajar yang telah boleh membaca al-Quran
- aktiviti : Talaqi am surah pilihan, tadabbur al-quran,klinik tajwid dan LDK.
- Tarikh : 28 Ogos 2017 hingga 30 Ogos 2017.
- Masa : 2.00 petang hingga 5.30 petang.

5) Smart Solat.
- terbuka untuk pelajar berusia 7 hingga 17 tahun.
- aktiviti : memperbaiki bacaan dalam solat amali dan praktikal, LDK
- Tarikh : 28 Ogos 2017 hingga 30 Ogos 2017.
- Masa : 2.00 petang hingga 5.30 petang.

Hubungi kami di talian 019-726 4436.

atau klik sahaja 

www.wasap.my/+60197284436/Programcutisekolah
www.wasap.my/+60197284436/Programcutisekolah
www.wasap.my/+60197284436/Programcutisekolah

#penyertaan secara berkumpulan akan mendapat diskaun.
#tempat adalah terhad.

Alamat ; 02-01 Jalan Kasawari 1, Pusat Perdagangan Aman Larkin, Larkin Jaya.
(Bersebelahan Maslee Ekspress dan bertentangan Masjid Tun Hussein Onn).




Kelas Intensif Asas Al-Quran teknik Al-Baghdadi.










Kelas Talaqi am surah pilihan.



Salah satu aktiviti dalam Smart Solat.



Program Cuti sekolah di Alfatih Centre.

Comments

  1. Slots Machines - Dr.MCD
    Free Play slots 의정부 출장마사지 for fun online at Dr.MCD. Take advantage 대구광역 출장마사지 of the daily promotions and 김포 출장안마 bonuses by visiting the website's daily promotions page. Rating: 공주 출장샵 4.3 · ‎3 동해 출장안마 votes

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

AL FATIH CENTRE PUSAT TUISYEN SYARIAH DI JOHOR BAHRU SESUAI UNTUK KANAK-KANAK DAN DEWASA.

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Ali 'Imraan:110) Al Fatih Centre telah didaftarkan secara rasmi pada 24 September 2012. Kita adalah umat terbaik dan untuk menjadi umat terbaik memerlukan pembinaan dan usaha yang serius serta sistematik secara berterusan.  Sehubungan dengan itu pihak Al Fatih Centre menyediakan satu platform kepada orang ramai yang ingin memberikan pendidikan bukan sahaja kepada anak-anak malah  sebagai ibubapa juga boleh menambahkan dan meningkatkan ilmu Al-Quran dan Bahasa Arab serta Hadith. Al Fatih Centre mempunyai pakej pembelajaran syariah yang sesuai untuk semua peringkat umur  dari kanak-kanak berusia 5 tahun hinggalah ke peringkat dewasa. Al Fatih Centre men...

KELAS INTENSIF BAHASA ARAB

Alfatih Centre menawarkan kursus bahasa Arab secara intensif bermula pada 22 Disember 2014 hingga 26 Disember 2014.  Pesanan Rasullullah s.a.w. kepada umatnya hendaklah berpegang pada Al-Quran dan  Hadith/Sunnah yang ditinggalkan oleh baginda s.a.w. supaya tidak tersesat. Asas untuk memahami Al-Quran dan Hadith adalah dengan menguasai Bahasa Arab.  Untuk itu Alfatih Centre menawarkan pembelajaran Bahasa Arab yang sesuai untuk golongan para pelajar supaya mereka boleh menguasai asas nahu dan sorof dengan lebih baik. Program intensif ini adalah untuk menyediakan para pelajar supaya mempunyai asas yang kukuh serta melatih kemahiran bertutur, mendengar, menulis dan berkomunikasi. Kelas akan bermula pada 22 Disember 2014 hingga 26 Disember 2014.  Kelas intensif selama 5 hari bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Yuran sebanyak RM 198.00 merangkumi minum pagi dan makan tengahari, bahan tutorial dan sijil penyertaan. Pelajar akan didedahkan dengan ...

PROGRAM CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN 2016

Alfatih Centre akan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang cuti sekolah akhir tahun 2016. Sudah pasti anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti yang bermanfaat sebagai persediaan untuk mereka menjadi generasi yang mantap dan cemerlang dunia akhirat. Antara aktiviti yang dirancang adalah : 1) Tahsin Al-Quran 30 Juzuk (Khatam Alquran)  Tarikh :  28 November hingga 12 Disember 2016. Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Aktiviti tahsin am 30 juzuk Al-Quran bersama guru bersanad. 2) Program Super Muslim Tarikh :  04 Disember hingga 10 Disember 2016. Masa : 2.00 petang  hingga 5.30 petang. Aktiviti merangkumi mempelajari sirah Rasullullah saw, hadis, lawatan, menunggang kuda, memanah dan tadabur Al-Quran. 3) Bengkel Bilal Muda  Tarikh : 29.11.2016 Memberikan pendedahan kepada pelajar teknik azan dari guru yang berpengalaman. 4) Intensif Asas Al-quran Pelajar Tarikh : 04 Disember hingga 23 Disember 2016 Masa : 8.30pagi hingga 1...