Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Kelas Bahasa Arab, Al-Quran Untuk Pelajar dan Dewasa.

Al-fatih TQH Centre menawarkan kelas Bahasa Arab dan Al-Quran untuk pelajar dan orang dewasa. Pakej yang ditawarkan ialah : 1) Pakej A : Iqra/Al-Quran, Tajwid, Feqah, Bahasa Arab, Hadis, Aqidah dan Sirah. Setiap hari Isnin,Selasa dan Rabu. 2) Pakej B : Iqra'/Al-Quran, Tajwid, Aqidah, Feqah, Sirah, Hadis dan Bahasa Arab. Setiap Hari Jumaat dan Sabtu. 3) Pakej C : Asas Bahasa Arab (Nahu & Sorof) Setiap Jumaat dan Sabtu. 4) Pakej D : Bahasa Arab dan Al-Quran. Setiap Khamis. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 010-4655 701

BENGKEL PUBLIC SPEAKING TEKNIK RASULLULLAH SAW DENGAN KERJASAMA PERPUSTAKAAN SULTAN ISMAIL

ALFATIH TQH CENTRE telah mengadakan bengkel Public Speaking Teknik Rasullullah SAW pada 14 Disember hingga 15 Disember 2013. Bengkel ini mendedahkan kepada para peserta tentang kepentingan Public Speaking dan teknik asas Public Speaking sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasullullah SAW. Bengkel yang diadakan selama 2 hari ini bukan saja dapat membina keyakinan diri dan mendedahkan para peserta dengan pemikiran kritis malah aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada para peserta sempena cuti sekolah. Pertandingan Public Speaking yang diadakan pada hari kedua  di Perpustakaan Sultan Ismail menyaksikan 22 peserta berentap merebut gelaran juara. Tahniah kepada para peserta dan semoga segala pengisian yang diperolehi semasa bengkel tersebut membawa manfaat dalam usaha menjadi Ummat Terbaik. Adik Afiqah Juara Public Speaking Teknik Rasullullah S.A.W

PUBLIC SPEAKING TEKNIK RASULLULLAH

Alfatih TQH Centre dengan kerjasama Perpustakaan Sultan Ismail, Johor Bahru akan menganjurkan Kem Mini Public Speaking Teknik Rasullullah. Program ini akan diadakan pada 14 Disember hingga 15 Disember 2013. Antara aktiviti yang dijadualkan sepanjang program ini ialah : 1) Bengkel/seminar Pengucapan Umum Teknik Rasullullah. 2) LDK dan Asas Pemikiran Kritis. 3) Pertandingan Public Speaking. 4) Solat Dhuha pada hari pertama. 5) Solat Jamaah sepanjang program berlangsung. Program ini terbuka kepada pelajar berusia seawal 6 tahun hingga 21 tahun. Bayaran RM 100.00 untuk setiap penyertaan merangkumi penyewaan tempat program, fail yang mengandungi bahan-bahan seminar, aktiviti LDK, Makan dan Sijil Penyertaan. Tempat terhad hanya untuk 30 orang peserta sahaja. Hubungi 010- 4655 701 atau 016 - 727 4631 untuk keterangan lanjut. 

PROGRAM INTENSIF CUTI SEKOLAH 2013

Al Fatih TQH Centre akan mengadakan Program Intensif Cuti Sekolah bermula 18 November 2013 hingga 27 Disember 2013. Antara pakej yang ditawarkan : a) Pakej A - Hafazan ( Juzuk Amma@Surah-Surah Pilihan) 9.00 pagi- 1.00 Petang b) Pakej B - Iqra/Al-Quran, Bahasa Arab, Hadith, Jawi, Feqah/Aqidah 9.00 - 1.00 Petang c) Pakej C - Feqah, Aqidah, Bahasa Arab & Hadith 2.00-5.00 Petang Program Intensif ini diadakan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat. Pada setiap hari Rabu para peserta digalakkan menghadiri kelas Taddabur Al-Quran bermula jam 8.45 malam hingga 10.00 Malam. Setiap hari Sabtu pula, diadakan Kelas Public Speaking bermula jam 10.00 pagi - 12.00 tengahari. Hubungi 010 - 4655 701 untuk keterangan lanjut.

KEM KEPIMPINAN TAQARRUB ILLALLAH MODUL 2

ALFATIH TQH CENTRE akan mengadakan Kem Kepimpinan Taqarrub Illahlah Modul ke2 yang akan bermula pada 31 Mei 2013 hingga 2 Jun 2013. Kem cuti sekolah ini terbuka kepada semua pelajar sekolah yang berusia antara 7 tahun ke atas. Objektif kem ini bukan saja untuk mendedahkan para peserta kepada asas-asas kepimpinan, malah para peserta akan mendapat input-input serta menjalani aktiviti yang dapat mengasah daya pemikiran kritis dan kreatif sepanjang kem. Karekter sebagai problem solver merupakan asas kepimpinan yang perlu ada terutama dalam membentuk generasi muda yang luar biasa dalam membangun peradaban yang Cemerlang. Pakej 3 hari 2 Malam sempena cuti sekolah ini bernilai RM198.00 termasuk penginapan,makan minum,fail dan aktiviti, Cenderahati dan sijil penyertaan. Pendaftaran berkumpulan sebelum 25 Mei 2013, para peserta hanya perlu membayar RM190.00 seorang. Setiap pembayaran perlu dimasukkan ke dalam akaun CIMB atas nama ALFATIH TQH CENTRE no.akaun 0133 0000 9401 05, dan bawa salinan

KEM KEPIMPINAN TAQARRUB ILALLAH SIRI 1

Pada 23 Mac hingga 25 Mac 2013 Al-Fatih Centre telah berjaya menganjurkan Kem Kepimpinan Taqarrub Ilallah modul 1 dengan kerjasama Tahfiz Ain Shams Johor Bahru. Objektif dan matlamat kem ini adalah untuk mempersiapkan generasi muslim supaya menjadi generasi 'Khoiru Ummah' iaitu generasi pemimpin yang membangun peradaban mulia di dunia. Pelbagai aktiviti dan pengisian yang bermanfaat telah disediakan untuk peserta kem memahami dan menghayati kehidupan sebagai seorang muslim yang mempunyai tanggungjawab yang wajib dilaksanakan secara serius. Peserta kem bukan saja didedahkan dengan asas kepimpinan malahan mereka juga diajar supaya berfikiran kritis dan asas bagaimana untuk menganalis sesuatu perkara dengan baik dan benar. Sebahagian Peserta sedang tidur sebelum melaksanakan qiamulail. Seronok dan khusyuk sekali para peserta bila buat aktiviti LDK di luar.

KEM KEPIMPINAN TAQARRUB ILALLAH 2013

Al-Fatih TQH Centre akan mengadakan Kem Kepimpinan Cuti Sekolah 2013 yang akan bermula pada 23 Mac hingga 25 Mac 2013. Pihak AFC dengan kerjasama Tahfiz Ain Shams telah menyediakan 4 modul yang berbeza sepanjang tahun 2013. Objektif AFC mengadakan kem adalah untuk membentuk jati diri yang sebenar supaya para peserta sedar sebagai seorang muslim dan generasi muda yang berpotensi luar biasa mempunyai misi dan visi yang mesti dijalankan dalam hidup ini. Peserta didedahkan  dengan input-input supaya mereka lebih memahami tujuan hidup, tanggungjawab dan amanah yang mesti dilaksanakan sebagai hamba Allah.  MODUL 1 (23-25 Mac 2013); 3 Hari 2 Malam  Pengisian Ceramah & Kuliah Subuh/Tazkirah  Aktiviti Diskusi & LDK Games & Kuiz Persembahan Kumpulan Treasure Hunt/Outdoor Activities Public Speaking Tayangan Multimedia Analisa Isu Semasa Solat Berjamaah Tahsin Al-Quran Qiamulail Pakej 3 Hari 2 Malam bernilai RM185.00 termasuk Penginapan & Makan 6 kali seha

Pelajar Al Fatih Centre @ Pertandingan Hafazan Maulidu Rasul

Para pelajar Al Fatih Centre telah menyertai Pertandingan Hafazan yang dianjurkan oleh Masjid Bandar Baru Uda pada 25 Januari 2013. Pertandingan yang diadakan ialah Pertandingan Azan, Hafazan Peringkat Rendah Lelaki dan Perempuan, Hafazan Peringkat Menengah Lelaki dan Perempuan, Taranum serta Berzanji. Pihak Al-Fatih Centre telah menghantar wakil bagi pertandingan Hafazan Rendah Lelaki dan Perempuan dan 2 orang peserta bagi Pertandingan Azan. Pertandingan yang diadakan mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai. Majlis yang bermula pada jam 8 pagi ini berakhir sehingga jam 1.30 petang. Abdullah Azam Bin Mohd Abrary telah mendapat tempat ketiga bagi Hafazan Rendah Lelaki dan Nurwani Kamilah telah merangkul gelaran Juara bagi Hafazan Rendah Perempuan. Tahniah diucapkan kepada adik-adik yang berjaya dan bagi yang belum berjaya peluang masih terbuka lagi di masa akan datang.