Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Program Super Muslim

Alfatih Centre akan mengadakan Program Super Muslim yang akan diadakan pada 04 Disember 2016 hingga 10 Disember 2016. Antara slot pengisian yang diadakan : Mempelajari dan memahami Sirah Rasullullah saw Mempelajari dan memahami Hadis pilihan Taddabur  al-Quran (surah pilihan) LDK  Lawatan @ Kuda Horse( stable management activities) Aktiviti memanah.  Aktiviti menunggang kuda bersama jurulatih bertauliah. Solat berjamaah. Program akan bermula jam 2.00 petang hingga 5.30 petang dengan kadar yuran RM295.00 seorang merangkumi kos aktiviti pembelajaran, aktiviti out door, fail dan bahan, minum petang, pengangkutan ke tempat lawatan dan sijil penyertaan. Tempat adalah terhad. Sila hubungi melalui telefon atau whatsapp untuk pertanyaan dan pendaftaran di talian 019-728 4436.

PROGRAM CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN 2016

Alfatih Centre akan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang cuti sekolah akhir tahun 2016. Sudah pasti anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti yang bermanfaat sebagai persediaan untuk mereka menjadi generasi yang mantap dan cemerlang dunia akhirat. Antara aktiviti yang dirancang adalah : 1) Tahsin Al-Quran 30 Juzuk (Khatam Alquran)  Tarikh :  28 November hingga 12 Disember 2016. Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Aktiviti tahsin am 30 juzuk Al-Quran bersama guru bersanad. 2) Program Super Muslim Tarikh :  04 Disember hingga 10 Disember 2016. Masa : 2.00 petang  hingga 5.30 petang. Aktiviti merangkumi mempelajari sirah Rasullullah saw, hadis, lawatan, menunggang kuda, memanah dan tadabur Al-Quran. 3) Bengkel Bilal Muda  Tarikh : 29.11.2016 Memberikan pendedahan kepada pelajar teknik azan dari guru yang berpengalaman. 4) Intensif Asas Al-quran Pelajar Tarikh : 04 Disember hingga 23 Disember 2016 Masa : 8.30pagi hingga 12.30 tengahari. Aktivi

PROGRAM CUTI SEKOLAH KHATAM AL-QURAN 30 JUZUK

Alfatih Centre akan mengadakan kelas talaqi am Khatam Al-Quran 30 Juzuk sempena cuti sekolah akhir tahun. Program ini akan bermula pada 28 November 2016 hingga 12 Disember 2016. Setiap peserta akan berpeluang untuk mengkhatamkan al-Quran dalam masa 15  hari bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Program ini terbuka untuk kanak-kanak yang berusia 7 tahun hingga 19 tahun yang telah mengenal huruf hijaiyah. Yuran penyertaan sebanyak RM225.00 seorang dikenakan untuk aktiviti selama 15 hari termasuk minum pagi dan sijil penyertaan. Sepanjang program berlangsung para peserta juga berpeluang untuk melaksanakan solat dhuha. Untuk keterangan lanjut sila hubungi atau wasap talian 019-728 4436. Daftar segera kerana tempat adalah terhad.

PROGRAM INTENSIF BAHASA ARAB SEPTEMBER 2016.

Program Intensif  Bahasa Arab sempena cuti sekolah akan diadakan bermula pada 13 September hingga 17 September 2016.  Untuk memberi pilihan dan memudahkan pembelajaran, kelas yang ditawarkan terbahagi kepada 2 kategori yang mempunyai 2 modul yang berbeza. Kategori 1(Basic Learner) atau Kategori 2(Intermedieate Learner) Yuran sebanyak RM125.00 seorang merangkumi bahan pembelajaran, minum pagi@petang dan sijil penyertaan.  Hubungi talian 019-728 4436 untuk maklumat lanjut. Program Intensif Bahasa Arab akan diadakan di Alfatih TQH Centre, di alamat 2 Jalan Kasawari 1, Pusat Perdagangan Aman Larkin, Larkin Jaya.(Bersebelahan Maslee Ekspress Di atas Morni Kafe)

PROGRAM CUTI SEKOLAH SEPTEMBER 2016

Sempena cuti sekolah yang akan berlangsung pada bulan September 2016 ini Al Fatih TQH Centre menawarkan kelas Intensif Hafazan yang bermula pada 13 September 2016 hingga 17 September 2016.  Kelas ini terbuka untuk pelajar berumur 7 tahun ke atas. Kelas Intensif Hafazan ini akan berlangsung selama 5 hari bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM119.00 seorang merangkumi kos pembelajaran,  rekod hafazan, minum pagi dan sijil penyertaan.   Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian telefon @ wasap 019-728 4436.

PROGRAM INTENSIF BAHASA ARAB

Al-Fatih Centre menawarkan Program Intensif Bahasa Arab sepanjang cuti sekolah bagi memantapkan lagi penguasaan Bahasa Arab di kalangan umat Islam. Kelas ini terbuka untuk pelajar sekolah rendah dan menengah. Menguasai  Bahasa Arab amat penting kerana dengan mempelajari dan menguasai Bahasa Arab sahajalah,  kita dapat memahami Al-Quran dan hadis. Mempelajari Bahasa Arab merupakan satu bonus  kepada kita  kerana secara langsung ia memudahkan proses menghafaz Al-Quran. Hubungi 019-7284436 untuk keterangan lanjut.

PROGRAM INTENSIF HAFAZAN MEI JUN 2016

PROGRAM INTENSIF HAFAZAN MEMBANTU PELAJAR MENGUKUHKAN LAGI HAFAZAN YANG SEDIADA. PROGRAM HAFAZAN MEMBOLEHKAN PELAJAR MENINGKATKAN LAGI MUTU BACAAN HAFAZAN.
KELAS ASAS FARDHU AIN Fardhu ain ialah perkara yang wajib dipelajari bagi setiap Muslim dan mengetahui kewajipan-kewajipan agama yang menjadikan akidah keimanan dan fardhu-fardhu yang ditetapkan oleh Islam itu sah. Ia merupakan beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, Hari Kiamat, dan ketentuan qadar yang baik dan jahat. Begitu juga rukun-rukun dan fardhu-fardhu sembahyang, zakat, puasa dan haji. Ini adalah apa yang dinyatakan di dalam hadith Ibn ‘Umar yang disepakati kesahihannya yang bermaksud:  'Dibina Islam itu atas 5 perkara: Menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan fardhu haji bagi sesiapa yang mampu melakukannya.' Ingin mengetahui dengan lebih lanjut? Atau adakah anda masih keliru dengan perkara asas dalam Islam?  Masih mencari jawapan yang sesuai? Jangan bimbang. Perkara ini boleh dis
Teringin nak baca jawi tapi tidak reti?? Penting ke belajar jawi ni? sesetengah orang cakap jawi tak penting tapi setengah yang lain cakap penting. kenapa ya?  Tulisan jawi semakin dilupakan oleh generasi sekarang. adakah disebabkan arus pemodenan?? sibuk untuk urus sana sini sampai lupa nak belajar tulisan jawi?? Tepuk dada tanya iman. Bagi yang tidak tahu untuk membaca dan menulis jawi, anda masih belum terlambat untuk menyelesaikan masalah anda.  Temui kami ALFATIH TQH CENTRE untuk menyelesaikan masalah anda. Kami sedia membantu anda.  Kelas membaca dan menulis jawi akan bermula pada Mei 2016. Terbuka untuk umur 6 tahun dan ke atas. Daftar sekarang sebelum terlambat. Untuk menyertai program ini, sms/whatsapp kan nama, umur, pekerjaan dan alamat anda ke talian 0197284436

PROGRAM RAMADHAN LULUSKAH FATIHAH ANDA?

Sempena bulan Ramadhan al-Mubarak Al-Fatih Centre akan mengadakan program Lulus Fatihah kepada orang ramai. Program ini diadakan tanpa dikenakan sebarang bayaran (PERCUMA). Program ini akan diadakan pada setiap hari sepanjang Ramadhan: Jumaat : Jam 11.00am hingga 12.00pm Sabtu : Jam 11.30am hingga 12.30pm Ahad : Jam 12.30pm hingga 1.30pm. Untuk menyertai program ini sms/wasapkan nama, umur, usia,pekerjaan dan alamat ke talian 019-728 4436.

TAHSIN AM AL-QURAN SEMPENA RAMADHAN

Sempena bulan Ramadhan Alfatih Centre akan mengadakan kelas tahsin am Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan. Kelas tahsin Al-Quran ini akan diadakan bermula jam 2.30 petang hingga 3.30 petang setiap hari selasa, rabu dan khamis. Bayaran yang dikenakan hanya RM10.00 seorang untuk setiap kelas yang dihadiri. Bacaan Al-Quran akan dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Hairul dari Universiti Al-Azhar Mesir. untuk maklumat lanjut dan pendaftaran sila hubungi talian 019-728 4436.

PROGRAM CUTI SEKOLAH MEI/JUN 2016

Sempena cuti sekolah pertengahan tahun, Alfatih Centre yang beroperasi di 2-01, Jalan Kasawari 1, Pusat Perdagangan Aman Larkin, Larkin Jaya akan mengadakan Program Intensif Hafazan bermula dari 29 Mei 2016 hingga 02 Jun 2016. Program Intensif Hafazan ini diadakan selama 5  hari bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Yuran penyertaan bernilai RM115.oo seorang merangkumi kos pembelajaran, minum pagi, rekod hafazan dan sijil penyertaan. Penyertaan terbuka untuk pelajar berusia 7 tahun hingga 18 tahun. Untuk maklumat lanjut hubungi talian 019-728 4436.

KELAS BAHASA ARAB ASAS UNTUK PELAJAR DAN DEWASA

Alfatih Centre menawarkan kelas Bahasa  Arab untuk golongan pelajar dan dewasa. Kelas Bahasa Arab Dewasa  diadakan pada setiap hari ahad jam 2.15petang hingga 3.45 petang. Kelas Bahasa Arab Pelajar diadakan pada setiap hari jumaat jam 3.00 petang hingga 4.30 petang. Kelas one to one juga disediakan bagi pelajar yang memerlukan lebih tumpuan dan fokus. Untuk keterangan lanjut hubungi 019-728 4436.

PROGRAM CUTI SEKOLAH MAC 2016

Jom penuhi cuti sekolah anak-anak anda dengan aktiviti yang berfaedah. Alfatih Centre telah menyediakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan dapat membantu membimbing anak-anak anda menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Antara program yang ditawarkan sepanjang cuti MAC 2016 : PROGRAM INTENSIF HAFAZAN (14 Mac 2016 hingga 18 Mac 2016) Program bermula jam 8.30pagi hingga 12.30 petang Terbuka Usia : 7 tahun hingga 18 tahun Yuran : RM115/Sesi (Aktiviti, Minum Pagi & Sijil) PROGRAM SMART SOLEH ( 14 Mac 2016 hingga 18 Mac 2016) Program ini bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dengan slot-slot yang bermanfaat untuk anak-anak telah disediakan. Terbuka untuk anak-anak usia 7 hingga 15 tahun. Antara pengisian program sepanjang hari merangkumi : Smart Fatihah Tilawah Surah Lazim Solat Dhuha & Hafazan Doa Dhuha Solat Jamaah Seronoknya Sirah Jom Hadith Games, Kuiz dan Public Speaking P akej 1 Yuran RM298.00/orang  makan 2 kali