Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Program Intensif Cuti Sekolah Mac 2014

Sempena cuti sekolah pada bulan Mac 2014, AlFatih TQH Centre akan mengadakan program Intensif bagi para pelajar yang ingin mengukuhkan dan memantapkan bacaan Al-Quran, Hafazan Al-Quran dan Bahasa Arab. Antara pakej yang ditawarkan ialah : a) Smart Al-Quran (9.00am hingga  10.00am) b) Jomlah Belajar Bahasa Arab (Nahu & Sorof)(10.00am  hingga 11.30am) c) Iqra' & Hafazan (8.00am hingga 9.00am) d) Alquran, Hadith, Feqah, Sirah, Aqidah dan Bahasa Arab (2.00pm hingga 5.30pm) Sila hubungi : 010-4655 701 untuk maklumat lanjut. SMART AL-QURAN ; TALAQI, TAHSIN DAN TASMIK.

Mini Seminar Bahaya dan Ancaman Dalam Sistem Pendidikan, Bagaimana Hendak Menangani dengan Solusi Yang Realistik.

Alfatih Centre akan mengadakan mini seminar yang bertajuk Bahaya dan Ancaman Dalam Sistem Pendidikan,Bagaimana Hendak Mengatasi dengan Solusi Yang Realistik. Seminar ini akan diadakan pada : Tarikh : 14 Februaru 2014 Masa : 8.00pagi-11.00Malam Tempat : 02-01, Jalan Kasawari 1, Kompleks Perniagaan Aman Larkin, Larkin Jaya, Johor Bahru. Penceramah : Puan Ummu Khoir dan Cik Puan Eva,Pengasas Sekolah Homeschooling lebih 60 cawangan di 12 Provinsi Indonesia. Terbuka kepada semua terutama ibubapa. Boleh bawa anak-anak (aktiviti anak-anak usia 5 hingga 7 tahun disediakan. Bayaran untuk Mini Seminar dikenakan RM5.00 untuk seorang. Untuk tempahan hubungi 0197284436

KEM KEPIMPINAN REMAJA BERPRESTASI

Alfatih TQH Centre dengan kerjasama Surau Taman Scientex Pasir Gudang akan mengadakan Kem Kepimpinan  Remaja Berprestasi yang akan diadakan pada cuti sekolah bulan Mac 2014. Objektif kem ini adalah  : 1) supaya para peserta memahami tujuan hidup sebenar manusia di muka bumi dan pentingnya mempunyai tujuan hidup yang  jelas. 2) memberi pendedahan dan kesedaran betapa pentingnya untuk menjadi umat terbaik dan mempunyai jati diri sebagai seorang muslim. 3) menjadikan syariat Islam sebagai pegangan dan  tolok ukur dalam setiap perbuatan serta tingkahlaku. 4) menjadikan Rasullullah saw sebagai Usawatul Hasanah. 5)meransang pemikiran kritis dan peka terhadap isu semasa. 6) memberi kesedaran kepada remaja bahawa pilihan yang dilakukan pada masa kini akan membawa kesan terhadap  perubahan di masa akan datang. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 019-728 4436 Pembentangan Kumpulan  Selepas LDK . Perbincangan Antara Fasilitator  dan para peserta dalam kumpulan.