Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

KEM KEPIMPINAN INOVASI & KREATIVITI GENERASI CEMERLANG

Sempena cuti sekolah yang akan bermula pada hujung Mei 2014 ini Alfatih TQH Centre akan mengadakan Mini Kem Kepimpinan Inovasi &  Kreativiti Generasi Cemerlang. Sebelum ini kem yang diadakan memerlukan para peserta bermalam. Walaupun program yang diadakan tidak bermalam pengisian dan aktiviti yang diadakan amat bernilai dan penuh dengan pengisian yang bermanfaat. Para peserta akan berpeluang untuk mempelajari teknik-teknik asas pemikiran kreatif. Amat penting generasi muda yang bakal menjadi bakal pelapis kepimpinan akan datang untuk berfikir kritis dan dinamik dalam menghadapi sesuatu situasi. Sehubungan dengan ini anak-anak perlulah diberi pendedahan awal dan asas bagaimana berfikir kreatif dalam menghadapi realiti hari ini. Slot The  problem solver not a problem maker juga merupakan kesinambungan dari asas pemikiran kreatif. Melatih anak-anak bertanggungjawab dan peka dengan keadaan serta situasi yang melanda dunia  pada hari ini sangat penting. Sebaik-baik manusia ad
Sempena cuti sekolah yang bermula pada hujung bulan Mei 2014, Alfatih TQH Centre menyediakan beberapa program cuti sekolah bermula 1 Jun 2014 hingga 12 Jun 2014. Mantapkan diri anak-anak dengan pengisian program yang bermanfaat dalam usaha membentuk mereka menjadi insan yang hebat di dunia dan akhirat. Antara program-program yang disediakan :  1) Program Smart Al-Quran   (1 Jun 2014 hingga 6 Jun 2014 : 9.00 pagi-12.30 tengahari).    Yuran RM165 (6 hari termasuk minum pagi, bahan dan sijil penyertaan) 2) Intensif  Bahasa Arab (Asas)   ( 1 Jun 2014 hingga 6 Jun 2014 : 2.00 petang-5.30 petang).   Yuran RM165 (6 hari termasuk minum petang, bahan dan sijil penyertaan) 3) Kem Kepimpinan Kreativiti dan Inovatif Generasi Cemerlang.  (7 Jun 2014-8 Jun 2014 : 8.30 pagi - 5.00 petang).  Yuran RM98.00 (2 hari termasuk makanan, aktiviti, kos pengangkutan program outdoor, bahan dan sijil penyertaan) 4) Smart Solat, Hayati Sirah & Cintai Hadis  (10 Jun 2014 - 12 Ju

PROGRAM CUTI SEKOLAH JUN 2014

Alfatih Centre akan menganjurkan Program Cuti Sekolah Kem Inovasi & Kreativiti Generasi Cemerlang, bermula 7 Jun2014 hingga 8 Jun 2014.  Merealisasikan generasi Alfatih pada masa kini bukanlah sekadar impian jika tanpa disertakan dengan tindakan. Menyedari perlunya ada  program berfaedah untuk anak-anak  sempena cuti sekolah ini, AFC TQH CENTRE telah merangka satu program dalam usaha mendedahkan para pelajar betapa pentingnya seorang muslim yang cemerlang, mempunyai tujuan hidup yang jelas dan terarah. Allah menciptakan manusia untuk beribadah kepadaNya, menjadi Khalifah di muka bumi dan menjadi sebaik-baik umat dengan melaksanakan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar. AFC TQH Centre telah merangka dalam usaha melaksanakan misi seperti di atas, dalam program yang dikenali sebagai KEM KEPIMPINAN INOVASI & KREATIVITI GENERASI CEMERLANG. K umpulan sasaran adalah pelajar yang berusia antara 7 hingga 18 tahun. Antara objektif kem ini ialah :   Membimbing dan mendekatkan pelajar bahawa

SEMINAR KELUARGA SAKINAH AFTER SCHOOL HOME LEARNING @ MASJID SENAI

AlFatih Centre dan Komuniti Muslim Dyson telah bekerjasama dengan Masjid Senai Johor Bahru akan mengadakan Seminar Keluarga Sakinah yang akan mendedahkan kepada para peserta bagaimana menangani masalah dalam mendidik anak-anak pada zaman yang serba mencabar ini. Peranan ibubapa sebagai pendidik utama dan amat penting sekali dalam membentuk dan mengarahkan potensi anak-anak yang bakal menjadi seorang insan yang bakal menjadi pemimpin di masa akan datang. Program ini akan diadakan pada 24 Mei 2014 bermula jam 8.30 pagi hingga 1 tengahari. Bagi kanak-kanak berusia 7 hingga12 tahun mereka berpeluang mengikuti Bengkel Cendekiawan Islam yang mendedahkan serta mencungkil kebolehan anak-anak dalam kreativiti mereka. Hubungi 019-7284436 untuk keterangan lanjut.