Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

PENDAFTARAN KELAS QURAN DAN ULUM SYARIAH AFC 2015 BERMULA

PENDAFTARAN 2015 DIBUKA SEKARANG! ALFATIH TQH CENTRE MENAWARKAN : A.KELAS AL-QURAN TEKNIK AL-BAGHDADI ·          Kelas Asas Al-Quran ( Kanak-kanak, Pelajar & Dewasa) ·          Kelas Asas Tajwid ( Kanak-kanak, Pelajar & Dewasa) ·          Kelas Talaqi/Tilawah & Tajwid (Pelajar & Dewasa) ·          Pengukuhan Hafazan Al-Quran (Pelajar & Dewasa) ·          Kelas Asas Hafazan Al-Quran ( Kanak-Kanak, Pelajar & Dewasa) B. KELAS LUGHAH & ULUM SYARIAH ·          Bahasa Arab (Mengasah Kemahiran Bertutur, Mendengar, Memahami & Menulis) ·          Kelas Fardhu Ain (Kanak-Kanak, Pelajar & Dewasa) ·          Feqah, Sirah, Akhlak & Aqidah(Kanak-Kanak, Pelajar & Dewasa) ·          Hadith(Kanak-Kanak, Pelajar & Dewasa) C. KELAS HUJUNG MINGGU (JUMAAT & SABTU) ·          Pengukuhan Hafazan Al-Quran (Kanak-Kanak & Pelajar) ·          Kelas Asas Hafazan Al-Quran (Kanak-Kanak & Pelajar) ·          Kelas

JEMPUTAN MAJLIS TAKLIMAT DAN BENGKEL EKSKLUSIF ASAS AL-QURAN TEKNIK AL-BAHGDADI 2015 @ AFC LARKIN

Alfatih Centre akan mengadakan Majlis Taklimat dan Bengkel Eksklusif  Asas Al-Quran Teknik Al-Baghdadi pada hari sabtu 27 Disember 2014. Majlis ini terbuka untuk semua golongan dari peringkat kanak-kanak, pelajar dan dewasa lelaki dan perempuan. Taklimat dan bengkel ini diadakan secara percuma dan akan memberi pendedahan kepada umum tentang teknik asas membaca Al-Quran yang sangat berkesan, menyeronokkan, kreatif dan inovatif.  Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menunjukkan secara realistik bahawa teknik al-Baghdadi yang digunakan terbukti berkesan dan menimbulkan minat kepada para pelajar tidak mengira usia untuk mempelajari Al-Quran. Bagi pengunjung yang datang pada 27 Disember 2014 dan berminat untuk membuat pendaftaran kemasukan akan berpeluang menikmati diskaun 10% yuran bulanan pada bulan pertama. Para pengunjung yang telah datang ke Bengkel Eksklusif pada hari tersebut juga akan mendapat kupon rebat bernilai RM10.00 yang boleh digunakan untuk diskaun bagi mana-mana pa

KELAS INTENSIF BAHASA ARAB

Alfatih Centre menawarkan kursus bahasa Arab secara intensif bermula pada 22 Disember 2014 hingga 26 Disember 2014.  Pesanan Rasullullah s.a.w. kepada umatnya hendaklah berpegang pada Al-Quran dan  Hadith/Sunnah yang ditinggalkan oleh baginda s.a.w. supaya tidak tersesat. Asas untuk memahami Al-Quran dan Hadith adalah dengan menguasai Bahasa Arab.  Untuk itu Alfatih Centre menawarkan pembelajaran Bahasa Arab yang sesuai untuk golongan para pelajar supaya mereka boleh menguasai asas nahu dan sorof dengan lebih baik. Program intensif ini adalah untuk menyediakan para pelajar supaya mempunyai asas yang kukuh serta melatih kemahiran bertutur, mendengar, menulis dan berkomunikasi. Kelas akan bermula pada 22 Disember 2014 hingga 26 Disember 2014.  Kelas intensif selama 5 hari bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Yuran sebanyak RM 198.00 merangkumi minum pagi dan makan tengahari, bahan tutorial dan sijil penyertaan. Pelajar akan didedahkan dengan skill kemahiran :

PROGRAM DAN AKTIVITI ALFATIH CENTRE

KELAS PUBLIC SPEAKING. SAMPAIKANLAH WALAU SATU AYAT... KELAS TADABUR AL-QURAN. AL-QURAN BUKAN SEKADAR DIBACA,DIFAHAMI TETAPI UNTUK DIAMALKAN. KUIZ TADABUR ALQURAN. MELATIH ANAK-ANAK BERFIKIR DAN MENAJAM SAQOFAH SEMASA KUIZ.

PROGRAM CUTI SEKOLAH NOVEMBER DAN DISEMBER 2014

Mahukan cuti sekolah yang bermakna untuk anak anda? Anda sedang memerhatikan sebuah program yang lain daripada Kem  biasa! Biarkan anak anda menjadi kanak-kanak & remaja yang lebih hebat! Biarkan mereka mengalami transformasi diri dan kemahiran yang bermanfaat! Alfatih Centre menawarkan pelbagai aktiviti menarik sempena cuti sekolah penghujung tahun ini, 1. Intensif Hafazan Al-Quran, Hayati Hadis & Fahami Sirah. Sesi 1; 24 November 2014 hingga 28 November 2014 atau  Sesi 2 ; 7 Disember hingga 11 Disember 2014 RM 198.00/Sesi (termasuk bahan,makanan & minuman serta sijil penyertaan) 2. Kelas Membuat Cup Cakes 4 Disember 2014. Asas Membuat Cup Cakes. Hiasan Catterpillar Cup Cakes. RM 98.00 (Makanan & Minuman,Bahan Kek dan Sijil Penyertaan). 3. Menanam Sayuran Hidroponik 5 Disember 2014. Set Hidroponik dilengkapi bahan-bahan. Konsep sayur-sayuran hidroponik dan sayuran yang sihat. Tutorial untuk menanam. 4. Kelas Asas Memanah  18 Disember 2

PROGRAM CUTI SEKOLAH SEPTEMBER 2014

Sempena cuti sekolah yang bermula pada pertengahan September 2014 Alfatih Centre menawarkan program Intensif sempena cuti sekolah bermula Isnin 15 September 2014 hingga Jumaat 19 September 2014. Program ini terbuka untuk pelajar sekolah rendah dan sekolah  menengah. Setiap hari pada sesi pagi yang bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Pengisian yang disediakan untuk program ini selama 5 hari ialah : 1) Al-Quran (Talaqi, Tasmik & Hafazan) 2) Bahasa Arab 3) Sirah & Hadis 4) Feqah 9.00-10.15 am     Talaqi Hafazan @ Iqra' 10.15-10.30 am   Minum Ringan 10.30-12.00 am   Hafalan Baru 12.00-1.00 pm     Tasmik Hafalan 1.00-2.00 pm       Makan & Solat Zohor/Jumaat 2.00-3.00 pm       Bahasa Arab 3.00-3.45 pm       Sirah & Hadis 3.45-4.30 pm       Feqah 4.30-5.00 pm       Solat Asar Bayaran yang dikenakan untuk program Intensif selama 5 hari ini sebanyak RM198.00 seorang peserta termasuk minum ringan waktu pagi dan makan tengahari.  Hu

KEM KEPIMPINAN INOVASI & KREATIVITI GENERASI CEMERLANG

Sempena cuti sekolah yang akan bermula pada hujung Mei 2014 ini Alfatih TQH Centre akan mengadakan Mini Kem Kepimpinan Inovasi &  Kreativiti Generasi Cemerlang. Sebelum ini kem yang diadakan memerlukan para peserta bermalam. Walaupun program yang diadakan tidak bermalam pengisian dan aktiviti yang diadakan amat bernilai dan penuh dengan pengisian yang bermanfaat. Para peserta akan berpeluang untuk mempelajari teknik-teknik asas pemikiran kreatif. Amat penting generasi muda yang bakal menjadi bakal pelapis kepimpinan akan datang untuk berfikir kritis dan dinamik dalam menghadapi sesuatu situasi. Sehubungan dengan ini anak-anak perlulah diberi pendedahan awal dan asas bagaimana berfikir kreatif dalam menghadapi realiti hari ini. Slot The  problem solver not a problem maker juga merupakan kesinambungan dari asas pemikiran kreatif. Melatih anak-anak bertanggungjawab dan peka dengan keadaan serta situasi yang melanda dunia  pada hari ini sangat penting. Sebaik-baik manusia ad
Sempena cuti sekolah yang bermula pada hujung bulan Mei 2014, Alfatih TQH Centre menyediakan beberapa program cuti sekolah bermula 1 Jun 2014 hingga 12 Jun 2014. Mantapkan diri anak-anak dengan pengisian program yang bermanfaat dalam usaha membentuk mereka menjadi insan yang hebat di dunia dan akhirat. Antara program-program yang disediakan :  1) Program Smart Al-Quran   (1 Jun 2014 hingga 6 Jun 2014 : 9.00 pagi-12.30 tengahari).    Yuran RM165 (6 hari termasuk minum pagi, bahan dan sijil penyertaan) 2) Intensif  Bahasa Arab (Asas)   ( 1 Jun 2014 hingga 6 Jun 2014 : 2.00 petang-5.30 petang).   Yuran RM165 (6 hari termasuk minum petang, bahan dan sijil penyertaan) 3) Kem Kepimpinan Kreativiti dan Inovatif Generasi Cemerlang.  (7 Jun 2014-8 Jun 2014 : 8.30 pagi - 5.00 petang).  Yuran RM98.00 (2 hari termasuk makanan, aktiviti, kos pengangkutan program outdoor, bahan dan sijil penyertaan) 4) Smart Solat, Hayati Sirah & Cintai Hadis  (10 Jun 2014 - 12 Ju

PROGRAM CUTI SEKOLAH JUN 2014

Alfatih Centre akan menganjurkan Program Cuti Sekolah Kem Inovasi & Kreativiti Generasi Cemerlang, bermula 7 Jun2014 hingga 8 Jun 2014.  Merealisasikan generasi Alfatih pada masa kini bukanlah sekadar impian jika tanpa disertakan dengan tindakan. Menyedari perlunya ada  program berfaedah untuk anak-anak  sempena cuti sekolah ini, AFC TQH CENTRE telah merangka satu program dalam usaha mendedahkan para pelajar betapa pentingnya seorang muslim yang cemerlang, mempunyai tujuan hidup yang jelas dan terarah. Allah menciptakan manusia untuk beribadah kepadaNya, menjadi Khalifah di muka bumi dan menjadi sebaik-baik umat dengan melaksanakan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar. AFC TQH Centre telah merangka dalam usaha melaksanakan misi seperti di atas, dalam program yang dikenali sebagai KEM KEPIMPINAN INOVASI & KREATIVITI GENERASI CEMERLANG. K umpulan sasaran adalah pelajar yang berusia antara 7 hingga 18 tahun. Antara objektif kem ini ialah :   Membimbing dan mendekatkan pelajar bahawa

SEMINAR KELUARGA SAKINAH AFTER SCHOOL HOME LEARNING @ MASJID SENAI

AlFatih Centre dan Komuniti Muslim Dyson telah bekerjasama dengan Masjid Senai Johor Bahru akan mengadakan Seminar Keluarga Sakinah yang akan mendedahkan kepada para peserta bagaimana menangani masalah dalam mendidik anak-anak pada zaman yang serba mencabar ini. Peranan ibubapa sebagai pendidik utama dan amat penting sekali dalam membentuk dan mengarahkan potensi anak-anak yang bakal menjadi seorang insan yang bakal menjadi pemimpin di masa akan datang. Program ini akan diadakan pada 24 Mei 2014 bermula jam 8.30 pagi hingga 1 tengahari. Bagi kanak-kanak berusia 7 hingga12 tahun mereka berpeluang mengikuti Bengkel Cendekiawan Islam yang mendedahkan serta mencungkil kebolehan anak-anak dalam kreativiti mereka. Hubungi 019-7284436 untuk keterangan lanjut.

BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH

Pada kali ini Kelas Public Speaking membawa tajuk "Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih." Tajuk pada minggu ini masih berkaitan dengan tajuk pada minggu lepas. Setelah mengetahui apa keutamaan yang mesti dilakukan dalam menjalani kehidupan seharian secara tidak langsung ia akan menjadi kebiasaan atau habits. HABITs  merupakan kebiasaan yang dilakukan seseorang dalam kehidupan seharian tanpa mereka sedari. Kebiasaan yang baik akan menjadikan seseorang yang tahu tujuan hidupnya dapat membentuk individu tersebut menjadi seorang yang hebat di masa akan datang.

YANG DIKEJAR TIDAK DAPAT YANG DIKENDUNG BERCICIRAN.

Program Public speaking atau Pengucapan Umum Teknik Rasullullah merupakan salah satu aktiviti yang telah dilaksanakan secara konsisten. Tujuan program ini adalah untuk membina keyakinan diri para pelajar dalam usaha membentuk generasi Al Fatih menjadi Umat Terbaik sepertimana yang dianjurkan dalam Surah Al-Imran ayat 110. Tajuk yang dipilih pada minggu ini adalah "Yang Di Kejar Tidak Dapat Yang Di Kendung Berciciran". Dalam sesi pada kali ini para pelajar didedahkan dengan keperluan untuk menyusun masa atau jadual dalam melaksanakan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan dalam kehidupan seharian mereka. Para pelajar mesti membezakan yang mana perkara-perkara wajib dan mesti dilaksanakan pada waktu yang ditetapkan disamping melaksanakan amalan sunat secara istiqamah. Selepas pelajar diberi pendedahan dan penerangan tentang kepentingan mengatur tugasan dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan, mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk sesi LDK dan perbincangan sebelu

Program Intensif Cuti Sekolah Mac 2014

Sempena cuti sekolah pada bulan Mac 2014, AlFatih TQH Centre akan mengadakan program Intensif bagi para pelajar yang ingin mengukuhkan dan memantapkan bacaan Al-Quran, Hafazan Al-Quran dan Bahasa Arab. Antara pakej yang ditawarkan ialah : a) Smart Al-Quran (9.00am hingga  10.00am) b) Jomlah Belajar Bahasa Arab (Nahu & Sorof)(10.00am  hingga 11.30am) c) Iqra' & Hafazan (8.00am hingga 9.00am) d) Alquran, Hadith, Feqah, Sirah, Aqidah dan Bahasa Arab (2.00pm hingga 5.30pm) Sila hubungi : 010-4655 701 untuk maklumat lanjut. SMART AL-QURAN ; TALAQI, TAHSIN DAN TASMIK.

Mini Seminar Bahaya dan Ancaman Dalam Sistem Pendidikan, Bagaimana Hendak Menangani dengan Solusi Yang Realistik.

Alfatih Centre akan mengadakan mini seminar yang bertajuk Bahaya dan Ancaman Dalam Sistem Pendidikan,Bagaimana Hendak Mengatasi dengan Solusi Yang Realistik. Seminar ini akan diadakan pada : Tarikh : 14 Februaru 2014 Masa : 8.00pagi-11.00Malam Tempat : 02-01, Jalan Kasawari 1, Kompleks Perniagaan Aman Larkin, Larkin Jaya, Johor Bahru. Penceramah : Puan Ummu Khoir dan Cik Puan Eva,Pengasas Sekolah Homeschooling lebih 60 cawangan di 12 Provinsi Indonesia. Terbuka kepada semua terutama ibubapa. Boleh bawa anak-anak (aktiviti anak-anak usia 5 hingga 7 tahun disediakan. Bayaran untuk Mini Seminar dikenakan RM5.00 untuk seorang. Untuk tempahan hubungi 0197284436

KEM KEPIMPINAN REMAJA BERPRESTASI

Alfatih TQH Centre dengan kerjasama Surau Taman Scientex Pasir Gudang akan mengadakan Kem Kepimpinan  Remaja Berprestasi yang akan diadakan pada cuti sekolah bulan Mac 2014. Objektif kem ini adalah  : 1) supaya para peserta memahami tujuan hidup sebenar manusia di muka bumi dan pentingnya mempunyai tujuan hidup yang  jelas. 2) memberi pendedahan dan kesedaran betapa pentingnya untuk menjadi umat terbaik dan mempunyai jati diri sebagai seorang muslim. 3) menjadikan syariat Islam sebagai pegangan dan  tolok ukur dalam setiap perbuatan serta tingkahlaku. 4) menjadikan Rasullullah saw sebagai Usawatul Hasanah. 5)meransang pemikiran kritis dan peka terhadap isu semasa. 6) memberi kesedaran kepada remaja bahawa pilihan yang dilakukan pada masa kini akan membawa kesan terhadap  perubahan di masa akan datang. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 019-728 4436 Pembentangan Kumpulan  Selepas LDK . Perbincangan Antara Fasilitator  dan para peserta dalam kumpulan.

Kelas Public Speaking Teknik Rasullullah 2014

Para peserta Public Speaking menunggu keputusan juri. Kelas Public Speaking Teknik Rasullullah akan bermula pada 17 Januari 2014. Kelas ini diadakan di 02-01, Jalan Kasawari 1, Komplek Perniagaan Aman Larkin, Larkin Jaya, Johor Bahru. Para peserta  akan diberi input dan latihan bagaimana untuk menyampaikan pengucapan umum (Public Speaking). Realiti hari ini merupakan era yang penuh dengan ledakan informasi. Ledakan informasi di hujung jari bukan saja memberi banyak input seperti ilmu pengetahuan baru, namun ada sebahagiannya yang tidak sesuai dan memberi banyak kesan negatif terhadap generasi pada masa kini. Antara tujuan kelas Public Speaking ini adalah untuk memberi para peserta pendedahan bagaimana untuk memilih informasi dan pentingnya mempunyai jati diri sebagai Problem Solver dalam usaha menjadi Umat Terbaik. Kelas Public Speaking Teknik Rasullullah ini akan diadakan setiap hari Sabtu bermula jam 11.30 pagi hingga 12.30 hari. Terbuka kepada pelajar berusia 7 tahun hingga 21