Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

TALAQI ALFATIHAH BERSANAD @ AFC

Alfatih Centre akan menganjurkan Talaqi Alfatihah Bersanad pada hari Jumaat 2 Oktober 2015 bermula jam 8.30pagi hingga 12.30 tengahari. Bengkel ini diadakan dengan kerjasama Akademi AlBaghdadi. Setiap muslim dituntut untuk belajar AlQuran bersanad. Bengkel ini menerangkan akan kelebihan surah Fatihah, kesalahan bacaan dalam fatihah, pengenalan Qiraat surah AlFatihah dan bengkel bacaan Qiraat 10 surah Fatihah.  Promosi bengkel Talaqi Fatihah Bersanad ini asalnya bernilai RM250.00 dengan tawaran hebat  diskaun bernilai lebih 50%, melayakkan para peserta hanya membayar RM110.00 seorang termasuk bengkel, bahan, sijil & makan .   Jom Perbaiki bacaan surah fatihah. Hubungi 019-728 4436 untuk pendaftaran dan keterangan lanjut. .

KELAS ASAS MEMANAH TRADISIONAL SEMPENA CUTI SEKOLAH

Alfatih Centre akan mengadakan Kelas Asas Memanah Tradisional pada 21 November 2015 bermula 8.00 pagi hingga 11.30 pagi pada hari jumaat. Kelas Asas Memanah Tradisional ini secara langsung akan dapat memupuk minat terhadap sukan sunnah disamping aktiviti berkuda dan berenang.  Aktiviti memanah dapat meningkatkan motivasi anak-anak disamping melahirkan semangat kepahlawanan di dalam diri.  Bayaran RM99.00 seorang dikenakan yang merangkumi modul teori memanah, praktikal memanah, praktikal mengendalikan peralatan memanah, teori keselamatan, minum pagi dan sijil penyertaan. Para peserta juga boleh menggunakan peralatan memanah secara percuma yang disediakan sepanjang sesi kelas berlangsung. Hubungi 019-728 4436 untuk pendaftaran. Bagi peserta yang mengikuti program asas memanah akan memperolehi potongan harga jika ingin mendapatlkan set asas memanah dengan harga yang mampu dimiliki.

Program Cuti Sekolah

Alfatih  Centre akan mengadakan program Intensif Hafazan cuti sekolah yang  bermula pada 19 September 2015 hingga 23 September  2015. Program ini terbuka kepada kanak-kanak sekolah rendah hingga sekolah menengah. Program yang dijalankan selama 5 hari ini bermula jam  8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Yuran penyertaan adalah RM110.00 bagi sesi pembelajaran 5 hari termasuk minum pagi dan sijil penyertaan. Hubungi  telefon/whatsaap di talian   019-728 4436  untuk tempahan dan pendaftaran. Lokasi ALFATIH CENTRE (AFC) 02 Jalan Kasawari 1, Pusat Perdagangan Aman Larkin, Larkin Jaya, Larkin Johor Bahru Johor.(BERSEBELAHAN MASLEE EKSPRESS & BERHADAPAN MASJID TUN HUSSEIN ONN).