Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

Program Cuti Sekolah Mac 2017

YEAA, CUTI SEKOLAHHH....!!! Pastinya ini yang keluar dari mulut anak² kita kan?  Cuti sekolah memang masa yang ditunggu² semua..masa ni lah anak² dapat rehat & ada juga di kalangan kita ambil peluang apply cuti & bawa anak² balik kampung atau jalan². Tapi bagi yang tak dapat cuti & perlu bekerja, pastinya timbul perasaan risau.. ye lah, pagi² lagi kita keluar rumah, anak² terpaksa ditinggalkan sendirian. Di tempat kerja mesti hati tak tenang mengenangkan anak² di rumah. Apa mereka buat? Boleh ke Abang & Kakak jaga Adik? Nanti ada pulak yang main luar rumah... jangan la diorang cuba² masak sendiri.. haisyhhh... mula la macam² perkara bermain di fikiran kita kan? Susah juga bila cuti sekolah kan? Kita nak anak² kita rehat, tapi dalam masa yang sama kita risaukan aktiviti anak² sepanjang ketiadaan kita. Sebagai ibu bapa pastinya kita nak sekurang²nya anak² kita mengulangkaji pelajaran apabila kita keluar bekerja. Tapi siapa yang boleh memastikan mereka buat semua