Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016
KELAS ASAS FARDHU AIN Fardhu ain ialah perkara yang wajib dipelajari bagi setiap Muslim dan mengetahui kewajipan-kewajipan agama yang menjadikan akidah keimanan dan fardhu-fardhu yang ditetapkan oleh Islam itu sah. Ia merupakan beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, Hari Kiamat, dan ketentuan qadar yang baik dan jahat. Begitu juga rukun-rukun dan fardhu-fardhu sembahyang, zakat, puasa dan haji. Ini adalah apa yang dinyatakan di dalam hadith Ibn ‘Umar yang disepakati kesahihannya yang bermaksud:  'Dibina Islam itu atas 5 perkara: Menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan fardhu haji bagi sesiapa yang mampu melakukannya.' Ingin mengetahui dengan lebih lanjut? Atau adakah anda masih keliru dengan perkara asas dalam Islam?  Masih mencari jawapan yang sesuai? Jangan bimbang. Perkara ini boleh dis
Teringin nak baca jawi tapi tidak reti?? Penting ke belajar jawi ni? sesetengah orang cakap jawi tak penting tapi setengah yang lain cakap penting. kenapa ya?  Tulisan jawi semakin dilupakan oleh generasi sekarang. adakah disebabkan arus pemodenan?? sibuk untuk urus sana sini sampai lupa nak belajar tulisan jawi?? Tepuk dada tanya iman. Bagi yang tidak tahu untuk membaca dan menulis jawi, anda masih belum terlambat untuk menyelesaikan masalah anda.  Temui kami ALFATIH TQH CENTRE untuk menyelesaikan masalah anda. Kami sedia membantu anda.  Kelas membaca dan menulis jawi akan bermula pada Mei 2016. Terbuka untuk umur 6 tahun dan ke atas. Daftar sekarang sebelum terlambat. Untuk menyertai program ini, sms/whatsapp kan nama, umur, pekerjaan dan alamat anda ke talian 0197284436

PROGRAM RAMADHAN LULUSKAH FATIHAH ANDA?

Sempena bulan Ramadhan al-Mubarak Al-Fatih Centre akan mengadakan program Lulus Fatihah kepada orang ramai. Program ini diadakan tanpa dikenakan sebarang bayaran (PERCUMA). Program ini akan diadakan pada setiap hari sepanjang Ramadhan: Jumaat : Jam 11.00am hingga 12.00pm Sabtu : Jam 11.30am hingga 12.30pm Ahad : Jam 12.30pm hingga 1.30pm. Untuk menyertai program ini sms/wasapkan nama, umur, usia,pekerjaan dan alamat ke talian 019-728 4436.

TAHSIN AM AL-QURAN SEMPENA RAMADHAN

Sempena bulan Ramadhan Alfatih Centre akan mengadakan kelas tahsin am Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan. Kelas tahsin Al-Quran ini akan diadakan bermula jam 2.30 petang hingga 3.30 petang setiap hari selasa, rabu dan khamis. Bayaran yang dikenakan hanya RM10.00 seorang untuk setiap kelas yang dihadiri. Bacaan Al-Quran akan dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Hairul dari Universiti Al-Azhar Mesir. untuk maklumat lanjut dan pendaftaran sila hubungi talian 019-728 4436.