Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

JOM NGAJI SESI 2016

Kini kita telah pun masuk ke tahun 1437 Hijriyah. Apakah maknanya perubahan tahun itu? Ini bermakna umur kita akan terus meningkat dan alam kubur akan menggamit kita. Mari kita sama-sama mengimbas kembali, apakah yang kita telah lakukan untuk meningkatkan prestasi diri kita baik dari segi dunia dan lebih-lebih lagi dari sudut akhirat? Berapa ruang waktukah yang kita peruntukkan untuk membaca Al-Quran sepanjang tahun ini? Sekiranya kita masih belum lagi berbuat demikian atas sebab kita masih belum dapat membaca Al-Quran dan kita segan untuk mengikuti kelas-kelas Al-Quran maka insyaAllah kami sedia membantu anda! Alfatih Centre telah membuka pendaftaran pelajar baru bagi sesi 2016. Antara subjek-subjek yang ditawarkan adalah : Asas Al-Quran Talaqi Umum Juzuk Amma Talaqi Al-Quran 30 Juzuk Tajwid Hafazan al-Quran Fardhu Ain/Feqah Bahasa Arab Aqidah Sirah & Hadis. Kelas pengajian terbuka untuk kanak-kanak, dewasa dan warga emas.  Hubungi 019-728 4436 untuk keteran

Program Smart Soleh.

Alfatih Centre menawarkan program Smart Soleh sepanjang cuti bermula 23 November 2015 hingga 30 November 2015. Program ini bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang dengan slot-slot yang bermanfaat untuk anak-anak telah disediakan. Terbuka untuk anak-anak usia 7 hingga 12 tahun. Antara pengisian program sepanjang hari merangkumi : Smart Fatihah Tilawah Surah Lazim Solat Dhuha & Hafazan Doa Dhuha Solat Jamaah Seronoknya Sirah Jom Hadith Games, Kuiz dan Public Speaking P akej 1 Yuran RM298.00/orang  makan 2 kali modul program slot aktiviti, cenderahati dan  sijil penyertaan. Pakej 2 Yuran RM220.00/orang tanpa makan  modul program, slot aktiviti, cenderahati dan sijil penyertaan. Bagi penyertaan berkumpulan diskaun akan diberikan.Hubungi 019-728 4436 untuk pendaftaran.

PROGRAM CUTI SEKOLAH NOVEMBER HINGGA DISEMBER 2015

Jom penuhi cuti sekolah anak-anak anda dengan aktiviti yang berfaedah. Alfatih Centre telah menyediakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan dapat membantu membimbing anak-anak anda menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Antara program yang ditawarkan : Aktiviti Asas Memanah Tradisional 21 November 2015 (8.00 pagi hingga 1.00 petang) (7 tahun hingga 24 tahun) Yuran : RM99.00/Seorang (Aktiviti, Minum Pagi, Makan Tengahari & Sijil) Asas Al-Quran Teknik Al-Baghdadi  22 November 2015 hingga 28 November 2015 ( 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari) (5 Tahun hingga 12 Tahun) Yuran : RM165.00 (Aktiviti Pembelajaran, Buku & Alat Ketuk, Minum Pagi & Sijil) Program Intensif Hafazan  Sesi 1 : 1 Disember 2015 hingga 5 Disember 2015  ( 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari) Sesi 2 : 8  Disember 2015 hingga 12 Disember 2015  ( 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari) Sesi 3 : 15 Disember 2015 hingga 19 Disember 2015  ( 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari) Se

TALAQI ALFATIHAH BERSANAD @ AFC

Alfatih Centre akan menganjurkan Talaqi Alfatihah Bersanad pada hari Jumaat 2 Oktober 2015 bermula jam 8.30pagi hingga 12.30 tengahari. Bengkel ini diadakan dengan kerjasama Akademi AlBaghdadi. Setiap muslim dituntut untuk belajar AlQuran bersanad. Bengkel ini menerangkan akan kelebihan surah Fatihah, kesalahan bacaan dalam fatihah, pengenalan Qiraat surah AlFatihah dan bengkel bacaan Qiraat 10 surah Fatihah.  Promosi bengkel Talaqi Fatihah Bersanad ini asalnya bernilai RM250.00 dengan tawaran hebat  diskaun bernilai lebih 50%, melayakkan para peserta hanya membayar RM110.00 seorang termasuk bengkel, bahan, sijil & makan .   Jom Perbaiki bacaan surah fatihah. Hubungi 019-728 4436 untuk pendaftaran dan keterangan lanjut. .

KELAS ASAS MEMANAH TRADISIONAL SEMPENA CUTI SEKOLAH

Alfatih Centre akan mengadakan Kelas Asas Memanah Tradisional pada 21 November 2015 bermula 8.00 pagi hingga 11.30 pagi pada hari jumaat. Kelas Asas Memanah Tradisional ini secara langsung akan dapat memupuk minat terhadap sukan sunnah disamping aktiviti berkuda dan berenang.  Aktiviti memanah dapat meningkatkan motivasi anak-anak disamping melahirkan semangat kepahlawanan di dalam diri.  Bayaran RM99.00 seorang dikenakan yang merangkumi modul teori memanah, praktikal memanah, praktikal mengendalikan peralatan memanah, teori keselamatan, minum pagi dan sijil penyertaan. Para peserta juga boleh menggunakan peralatan memanah secara percuma yang disediakan sepanjang sesi kelas berlangsung. Hubungi 019-728 4436 untuk pendaftaran. Bagi peserta yang mengikuti program asas memanah akan memperolehi potongan harga jika ingin mendapatlkan set asas memanah dengan harga yang mampu dimiliki.

Program Cuti Sekolah

Alfatih  Centre akan mengadakan program Intensif Hafazan cuti sekolah yang  bermula pada 19 September 2015 hingga 23 September  2015. Program ini terbuka kepada kanak-kanak sekolah rendah hingga sekolah menengah. Program yang dijalankan selama 5 hari ini bermula jam  8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Yuran penyertaan adalah RM110.00 bagi sesi pembelajaran 5 hari termasuk minum pagi dan sijil penyertaan. Hubungi  telefon/whatsaap di talian   019-728 4436  untuk tempahan dan pendaftaran. Lokasi ALFATIH CENTRE (AFC) 02 Jalan Kasawari 1, Pusat Perdagangan Aman Larkin, Larkin Jaya, Larkin Johor Bahru Johor.(BERSEBELAHAN MASLEE EKSPRESS & BERHADAPAN MASJID TUN HUSSEIN ONN).

Program Asas Memanah Tradisional @ Cuti Sekolah 2015.

Para peserta perempuan bersama Jurulatih Perempuan. Para peserta semasa taklimat Asas Memanah Tradisional. Latihan Praktikal Asas Memanah Tradisional Sempena Cuti Sekolah anjuran Al-Fatih Centre.

KELAS ASAS AL-QURAN KANAK-KANAK DI ALFATIH CENTRE.

Sesi PLAYTIME adalah waktu yang disukai oleh anak-anak semasa belajar asas Al-Quran di ALFATIH CENTRE. Bermain sambil belajar adalah aktiviti yang sangat menyeronokkan. Jom belajar mengaji.  Hubungi atau whatsapp di talian 019-728 4436.

PROGRAM PEMBELAJARAN ALQURAN DI ALFATIH CENTRE

Kelas Hafazan Al-Quran memberi ruang dan peluang untuk anak-anak supaya dapat memperbaiki bacaan  serta menghayati apa yang dihafaz. Semoga dapat dijadikan panduan sepanjang kehidupan mereka kelak..

JOM BELAJAR AL-QURAN

SERTAI KAMI SEKARANG!!! DISKAUN yuran pendaftaran sebanyak 50% akan diberikan kpd 20 pelajar. KELAS AL QURAN ALFATIH CENTRE. » pembelajaran berkonsep mushafahah talaqi » 6 murid dengan seorang guru » terdapat 3 pilihan sesi yang boleh dipilih » pembelajaran selama 1 jam 30 minit setiap sesi HUBUNGI SEGERA !!! 019-728 4436

KELAS ASAS MEMANAH TRADISIONAL @SEKOLAH ISLAM HIDAYAH

Sempena cuti sekolah ini Alfatih Centre  menawarkan aktiviti Sukan Sunnah Kelas Asas Memanah Tradisional yang akan diadakan pada hari Jumaat 12 Jun 2015 bertempat di Padang Sekolah Islam Hidayah, Skudai Johor .  Aktiviti ini bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari . Yuran dikenakan sebanyak R M79.00 untuk penyediaan peralatan bagi aktiviti praktikal memanah, makanan dan sijil penyertaan. Aktiviti ini terbuka bagi kanak-kanak seawal usia 7 tahun hingga remaja 21 tahun. Sekiranya anda berminat mengikuti aktiviti ini bolehlah membuat pembayaran di akaun CIMB atas nama Alfatih TQH Centre no. akaun 0133 0000940 105 .Hubungi talian telefon atau whatsapp 019-728 4436 . Hantarkan imej bank in slip dan hantarkan nama penuh serta usia peserta setelah pembayaran dilakukan. Penuhi aktiviti  yang bermanfaat bagi mengisi masa cuti sekolah anak-anak anda. Daftar sekarang kerana tempat adalah terhad.

PROGRAM CUTI SEKOLAH JUN 2015

Bagi ibubapa yang masih terfikir-fikir aktiviti apa yang sesuai untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah yang bermula 29 Mei hingga 13 Jun  2015, Alfatih Centre telah menyediakan PROGRAM-PROGRAM CUTI SEKOLAH yang bermanfaat untuk anak-anak anda. Jadikan cuti sekolah ini satu TRANSFORMASI bermakna dengan pengisian yang dapat membina jati diri peribadi muslim unggul, cemerlang di  dunia dan akhirat. Antara program yang disediakan : 1) INTENSIF HAFAZAN (JUZUK AMMA@Surah-Surah Pilihan) Tarikh : SESI 1- 1June hingga 5 Jun 2015(5 hari) atau SESI 2- 8 Jun hingga 12 Jun 2015 (5 hari) Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 petang Pengisian : Slot Talaqi Slot Tahsin  Slot Tasmik. (Bayaran RM 110.00/sesi seorang termasuk minum pagi & sijil penyertaan.) 2) CINTAI HADIS HAYATI SIRAH Tarikh : 1 Jun 2015 hingga 5 Jun 2015( 5 Hari) Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang Pengisian   Kembara Iman Meniti Kehidupan Slot Hadis Slot Sirah Aktiviti LDK & Pengucapan Umum

PROGRAM CUTI SEKOLAH MAC 2015

Alfatih  Centre akan mengadakan program cuti sekolah yang  bermula pada 16 Mac 2015 hingga 20 Mac  2015. Program ini terbuka kepada kanak-kanak sekolah rendah hingga sekolah menengah. Antara program yang ditawarkan ialah : 1) Pakej  A : Intensif Hafazan 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. 2) Pakej B : Cintai Hadis Hayati Sirah 2.00 petang hingga 5.00 petang. 3) Pakej C : Kelas Intensif  Bahasa Arab 2.00 petang hingga 5.00 petang. Hubungi 019-728 4436 untuk pendaftaran. Tempat adalah terhad.