Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2015

JOM NGAJI SESI 2016

Kini kita telah pun masuk ke tahun 1437 Hijriyah. Apakah maknanya perubahan tahun itu? Ini bermakna umur kita akan terus meningkat dan alam kubur akan menggamit kita. Mari kita sama-sama mengimbas kembali, apakah yang kita telah lakukan untuk meningkatkan prestasi diri kita baik dari segi dunia dan lebih-lebih lagi dari sudut akhirat? Berapa ruang waktukah yang kita peruntukkan untuk membaca Al-Quran sepanjang tahun ini? Sekiranya kita masih belum lagi berbuat demikian atas sebab kita masih belum dapat membaca Al-Quran dan kita segan untuk mengikuti kelas-kelas Al-Quran maka insyaAllah kami sedia membantu anda! Alfatih Centre telah membuka pendaftaran pelajar baru bagi sesi 2016. Antara subjek-subjek yang ditawarkan adalah : Asas Al-Quran Talaqi Umum Juzuk Amma Talaqi Al-Quran 30 Juzuk Tajwid Hafazan al-Quran Fardhu Ain/Feqah Bahasa Arab Aqidah Sirah & Hadis. Kelas pengajian terbuka untuk kanak-kanak, dewasa dan warga emas.  Hubungi 019-728 4436 untuk keteran