Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH

Pada kali ini Kelas Public Speaking membawa tajuk "Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih." Tajuk pada minggu ini masih berkaitan dengan tajuk pada minggu lepas. Setelah mengetahui apa keutamaan yang mesti dilakukan dalam menjalani kehidupan seharian secara tidak langsung ia akan menjadi kebiasaan atau habits. HABITs  merupakan kebiasaan yang dilakukan seseorang dalam kehidupan seharian tanpa mereka sedari. Kebiasaan yang baik akan menjadikan seseorang yang tahu tujuan hidupnya dapat membentuk individu tersebut menjadi seorang yang hebat di masa akan datang.

YANG DIKEJAR TIDAK DAPAT YANG DIKENDUNG BERCICIRAN.

Program Public speaking atau Pengucapan Umum Teknik Rasullullah merupakan salah satu aktiviti yang telah dilaksanakan secara konsisten. Tujuan program ini adalah untuk membina keyakinan diri para pelajar dalam usaha membentuk generasi Al Fatih menjadi Umat Terbaik sepertimana yang dianjurkan dalam Surah Al-Imran ayat 110. Tajuk yang dipilih pada minggu ini adalah "Yang Di Kejar Tidak Dapat Yang Di Kendung Berciciran". Dalam sesi pada kali ini para pelajar didedahkan dengan keperluan untuk menyusun masa atau jadual dalam melaksanakan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan dalam kehidupan seharian mereka. Para pelajar mesti membezakan yang mana perkara-perkara wajib dan mesti dilaksanakan pada waktu yang ditetapkan disamping melaksanakan amalan sunat secara istiqamah. Selepas pelajar diberi pendedahan dan penerangan tentang kepentingan mengatur tugasan dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan, mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk sesi LDK dan perbincangan sebelu