Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2016

Program Super Muslim

Alfatih Centre akan mengadakan Program Super Muslim yang akan diadakan pada 04 Disember 2016 hingga 10 Disember 2016. Antara slot pengisian yang diadakan : Mempelajari dan memahami Sirah Rasullullah saw Mempelajari dan memahami Hadis pilihan Taddabur  al-Quran (surah pilihan) LDK  Lawatan @ Kuda Horse( stable management activities) Aktiviti memanah.  Aktiviti menunggang kuda bersama jurulatih bertauliah. Solat berjamaah. Program akan bermula jam 2.00 petang hingga 5.30 petang dengan kadar yuran RM295.00 seorang merangkumi kos aktiviti pembelajaran, aktiviti out door, fail dan bahan, minum petang, pengangkutan ke tempat lawatan dan sijil penyertaan. Tempat adalah terhad. Sila hubungi melalui telefon atau whatsapp untuk pertanyaan dan pendaftaran di talian 019-728 4436.

PROGRAM CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN 2016

Alfatih Centre akan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang cuti sekolah akhir tahun 2016. Sudah pasti anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti yang bermanfaat sebagai persediaan untuk mereka menjadi generasi yang mantap dan cemerlang dunia akhirat. Antara aktiviti yang dirancang adalah : 1) Tahsin Al-Quran 30 Juzuk (Khatam Alquran)  Tarikh :  28 November hingga 12 Disember 2016. Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Aktiviti tahsin am 30 juzuk Al-Quran bersama guru bersanad. 2) Program Super Muslim Tarikh :  04 Disember hingga 10 Disember 2016. Masa : 2.00 petang  hingga 5.30 petang. Aktiviti merangkumi mempelajari sirah Rasullullah saw, hadis, lawatan, menunggang kuda, memanah dan tadabur Al-Quran. 3) Bengkel Bilal Muda  Tarikh : 29.11.2016 Memberikan pendedahan kepada pelajar teknik azan dari guru yang berpengalaman. 4) Intensif Asas Al-quran Pelajar Tarikh : 04 Disember hingga 23 Disember 2016 Masa : 8.30pagi hingga 12.30 tengahari. Aktivi

PROGRAM CUTI SEKOLAH KHATAM AL-QURAN 30 JUZUK

Alfatih Centre akan mengadakan kelas talaqi am Khatam Al-Quran 30 Juzuk sempena cuti sekolah akhir tahun. Program ini akan bermula pada 28 November 2016 hingga 12 Disember 2016. Setiap peserta akan berpeluang untuk mengkhatamkan al-Quran dalam masa 15  hari bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Program ini terbuka untuk kanak-kanak yang berusia 7 tahun hingga 19 tahun yang telah mengenal huruf hijaiyah. Yuran penyertaan sebanyak RM225.00 seorang dikenakan untuk aktiviti selama 15 hari termasuk minum pagi dan sijil penyertaan. Sepanjang program berlangsung para peserta juga berpeluang untuk melaksanakan solat dhuha. Untuk keterangan lanjut sila hubungi atau wasap talian 019-728 4436. Daftar segera kerana tempat adalah terhad.