Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

KELAS ASAS MEMANAH TRADISIONAL @SEKOLAH ISLAM HIDAYAH

Sempena cuti sekolah ini Alfatih Centre  menawarkan aktiviti Sukan Sunnah Kelas Asas Memanah Tradisional yang akan diadakan pada hari Jumaat 12 Jun 2015 bertempat di Padang Sekolah Islam Hidayah, Skudai Johor .  Aktiviti ini bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari . Yuran dikenakan sebanyak R M79.00 untuk penyediaan peralatan bagi aktiviti praktikal memanah, makanan dan sijil penyertaan. Aktiviti ini terbuka bagi kanak-kanak seawal usia 7 tahun hingga remaja 21 tahun. Sekiranya anda berminat mengikuti aktiviti ini bolehlah membuat pembayaran di akaun CIMB atas nama Alfatih TQH Centre no. akaun 0133 0000940 105 .Hubungi talian telefon atau whatsapp 019-728 4436 . Hantarkan imej bank in slip dan hantarkan nama penuh serta usia peserta setelah pembayaran dilakukan. Penuhi aktiviti  yang bermanfaat bagi mengisi masa cuti sekolah anak-anak anda. Daftar sekarang kerana tempat adalah terhad.

PROGRAM CUTI SEKOLAH JUN 2015

Bagi ibubapa yang masih terfikir-fikir aktiviti apa yang sesuai untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah yang bermula 29 Mei hingga 13 Jun  2015, Alfatih Centre telah menyediakan PROGRAM-PROGRAM CUTI SEKOLAH yang bermanfaat untuk anak-anak anda. Jadikan cuti sekolah ini satu TRANSFORMASI bermakna dengan pengisian yang dapat membina jati diri peribadi muslim unggul, cemerlang di  dunia dan akhirat. Antara program yang disediakan : 1) INTENSIF HAFAZAN (JUZUK AMMA@Surah-Surah Pilihan) Tarikh : SESI 1- 1June hingga 5 Jun 2015(5 hari) atau SESI 2- 8 Jun hingga 12 Jun 2015 (5 hari) Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 petang Pengisian : Slot Talaqi Slot Tahsin  Slot Tasmik. (Bayaran RM 110.00/sesi seorang termasuk minum pagi & sijil penyertaan.) 2) CINTAI HADIS HAYATI SIRAH Tarikh : 1 Jun 2015 hingga 5 Jun 2015( 5 Hari) Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang Pengisian   Kembara Iman Meniti Kehidupan Slot Hadis Slot Sirah Aktiviti LDK & Pengucapan Umum