Skip to main content

Program Cuti Sekolah Mac 2017

YEAA, CUTI SEKOLAHHH....!!!

Pastinya ini yang keluar dari mulut anak² kita kan? Cuti sekolah memang masa yang ditunggu² semua..masa ni lah anak² dapat rehat & ada juga di kalangan kita ambil peluang apply cuti & bawa anak² balik kampung atau jalan². Tapi bagi yang tak dapat cuti & perlu bekerja, pastinya timbul perasaan risau.. ye lah, pagi² lagi kita keluar rumah, anak² terpaksa ditinggalkan sendirian. Di tempat kerja mesti hati tak tenang mengenangkan anak² di rumah. Apa mereka buat? Boleh ke Abang & Kakak jaga Adik? Nanti ada pulak yang main luar rumah... jangan la diorang cuba² masak sendiri.. haisyhhh... mula la macam² perkara bermain di fikiran kita kan?

Susah juga bila cuti sekolah kan? Kita nak anak² kita rehat, tapi dalam masa yang sama kita risaukan aktiviti anak² sepanjang ketiadaan kita. Sebagai ibu bapa pastinya kita nak sekurang²nya anak² kita mengulangkaji pelajaran apabila kita keluar bekerja. Tapi siapa yang boleh memastikan mereka buat semua itu?

Kami juga ibu bapa seperti anda. Fikirkan perkara yang sama setiap kali cuti sekolah. Jadi untuk anda para ibu bapa, kami di Al Baghdadi Johor telah menyusun program² yang pastinya menarik & bermanfaat untuk pengisian rohani anak² anda sepanjang cuti sekolah 2017 bermula dengan Bengkel Cuti Sekolah 2017 ini.

Antara program yang telah disusun & menjadi pilihan ibu bapa masa kini adalah: 

1) Bengkel Bijak Quran (BBQ)
- pemantapan kemahiran asas membaca al quran.
- kelas talaqqi am bertajwid.
- aktiviti² pengukuhan
- hafazan doa² harian

2) Kem Tahfiz 
- pendedahan kepada program hafazan 
- hafazan surah² baru
- murajaah hafazan lama

3)Bengkel Bahasa Arab
 - pengukuhan asas Bahasa Arab
- pendedahan kemahiran membaca,menulis dan memahami.

Apa kata cuti kali ini berikan sesuatu yang berbeza untuk pengisian masa cuti sekolah anak² anda? Beri mereka peluang untuk mendekatkan diri dengan al Quran, suka belajar al Quran & biasakan diri dengan al Quran. Jadikan program ini sebagai titik tolak dalam usaha kita sebagai ibu bapa memberikan pengisian rohani & pendidikan agama yang baik untuk anak² kita.

Jom booking seat untuk semua anak² kita sebelum orang lain borong habis. Diskaun menarik untuk pendaftaran lebih dari seoarang. Wasap segera ke 019-728 4436.

Wasap segera ke 019-728 4436
Wasap segera ke 019-728 4436
Wasap segera ke 019-728 4436

Comments

Popular posts from this blog

KEM KEPIMPINAN REMAJA BERPRESTASI

Alfatih TQH Centre dengan kerjasama Surau Taman Scientex Pasir Gudang akan mengadakan Kem Kepimpinan  Remaja Berprestasi yang akan diadakan pada cuti sekolah bulan Mac 2014. Objektif kem ini adalah  : 1) supaya para peserta memahami tujuan hidup sebenar manusia di muka bumi dan pentingnya mempunyai tujuan hidup yang  jelas. 2) memberi pendedahan dan kesedaran betapa pentingnya untuk menjadi umat terbaik dan mempunyai jati diri sebagai seorang muslim. 3) menjadikan syariat Islam sebagai pegangan dan  tolok ukur dalam setiap perbuatan serta tingkahlaku. 4) menjadikan Rasullullah saw sebagai Usawatul Hasanah. 5)meransang pemikiran kritis dan peka terhadap isu semasa. 6) memberi kesedaran kepada remaja bahawa pilihan yang dilakukan pada masa kini akan membawa kesan terhadap  perubahan di masa akan datang. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 019-728 4436 Pembentangan Kumpulan  Selepas LDK . Perbincangan Antara Fasilitator  dan para peserta dalam kumpulan.

Program Cuti Sekolah Khas Ramadhan 2017

Masih mencari-cari program yang sesuai untuk cuti sekolah anak-anak anda?  Kami ada menyediakan Program cuti sekolah khas bulan Ramadhan. Daftarkan anak-anak anda untuk mengikuti kelas tahsin am al-Quran secara percuma  sempena bulan Ramadhan bermula jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi. Terbuka untuk 30 orang terawal sahaja. Program bermula pada 30 Mei 2017-06 Jun 2017. Bagi ibubapa yang inginkan anak-anak mempunyai aktiviti sehingga petang pula kami juga  ada menawarkan sesi pembelajaran. Antara slot yang disediakan adalah: # Tadarus Al-Quran @ talaqi am surah-surah pilihan. # Tadabur Al-Quran # Smart Tajwid # Solat Dhuha # Solat Zohor & Asar berjamaah # Jurnal Ramadhan Yuran pembelajaran selama 8 hari bermula jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang ( 30 Mei 2017-06 Jun 2017)  adalah RM85.00, Buku RM25.00 & Modul RM30.00. Penyertaan berkumpulan layak mendapat potongan istimewa. Klik >>   www.wasap.my/60197284436/pm Klik >>   www.wasap

AL FATIH CENTRE PUSAT TUISYEN SYARIAH DI JOHOR BAHRU SESUAI UNTUK KANAK-KANAK DAN DEWASA.

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Ali 'Imraan:110) Al Fatih Centre telah didaftarkan secara rasmi pada 24 September 2012. Kita adalah umat terbaik dan untuk menjadi umat terbaik memerlukan pembinaan dan usaha yang serius serta sistematik secara berterusan.  Sehubungan dengan itu pihak Al Fatih Centre menyediakan satu platform kepada orang ramai yang ingin memberikan pendidikan bukan sahaja kepada anak-anak malah  sebagai ibubapa juga boleh menambahkan dan meningkatkan ilmu Al-Quran dan Bahasa Arab serta Hadith. Al Fatih Centre mempunyai pakej pembelajaran syariah yang sesuai untuk semua peringkat umur  dari kanak-kanak berusia 5 tahun hinggalah ke peringkat dewasa. Al Fatih Centre menumpuka